Friday, 20 February 2015

Cerita selepas empat bulan [Versi santai]



Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Alhamdulillah. Masih sempurna bernyawa dengan fizikal yang sedia ada kurniaan dari Ilahi pada 20 Februari 2015. 21 Februari dan seterusnya belum tentu kita hidup right.. Belum tentu kita sihat tidak cacat tidak gila dsb. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada sekarang. Jika ada cacat cela sedikit pada diri kita maka saat itu lihatlah siapa yg masih mahu berada disisi kita.. Dekati mereka. Orang yg meninggalkan kita saat kita hodoh buruk bodoh busuk dsb ialah orang yg suka pada fizikal bukan pada hati. Tak rugi tinggalkan orang macamtu. Okay? :)

Ana sebenarnya tiada apa ilmu mahu dikongsi malamni. Ilmu rasa macam zero di dada sebab banyak yg tak dimanfaatkan dalam kehidupan harian. Belajar pergi usrah ke majlis ilmu ke tapi ilmu tu tak apply tak guna tak dapat apa. Sobs. Sedih bila someone kata gini sebab terkena dekat batang hidung sendiri. 

Ilmu takde tapi pengalaman/story tu mashaallah banyak nak dikongsi. Haha. Okaylah ana bagi konklusi dulu ya. ISTIQOMAH ITU BERIBU KALI GANDA SUSAH DARIPADA BERHIRAH. Haa capslock lagi tuwww. Once kita dah care about level iman kita inshaAllah akan always care. Macam kita care dekat org yg kita sayang lah. Taknak org tu tinggalkan kita sebab sayang banget kann macamtulah iman kita.. Bila rasa drop mulalah risau tak tentu hala rasa teruk semua ada. Apa yg ana buat bila dah mula rasa macamtu? Ermmmm. Setakat ni mampu pergi majlis ilmu je. Actually it's better tingkatkan ibadah. But ana lemah sangat pemaleh semua lah. Sobs. Bila lah nak ada pembimbing halal ni? Eh? Kakaka. Lagi satu, ukhwah dengan kawan yg soleh/hah tu jaga kaw kaw sebab dorang akan jadi antara sumber kekuatan untuk korang keep on istiqomah. Tak kisahlah kawan tu sikit ke ramai. 

Sikit cerita nak share : Bila korang hijrah dah bertutup litup semua orang sekeliling akan anggap uolss malaikat yg sesuci kain putih tu. Buatlah sezarah silap sikit after that orang akan persoalkan ilmu agama. They will be like, "Kau ni dah belajar agama dah tahu hukum hakam tapi masih buat tetttt", "Kau pakai niqab tutup segala ni kau ingat kau dah takde salah? Kau perfect?" dan bermacam jenis makian dan ketidakpuasan manusia sekeliling. Ana pernah kena? Yeahh ofkos pernah ya rabbi banyak kali sampai dah lali. Haha. Nak buat cemana kann. Tanggapan manusia yg celah mana pernah teroka hati ni boleh tahu itu ini pasal diri kita sendiri. Zaman lenim actually kita kena banyak tunduk diam takpayah hang nak tunjuk hebat dengan ilmu hang sebab orang laa ni makin cerdik. Dan lagi satu zaman lenim semua orang nak jadi PALING islamik, PALING hotstuff, PALING cantik, PALING puitis, PALING fashionable, PALING kaya dsb. Kalau ada pengiktirafan/pengesahan yg memang betul korang antara yg PALING tu takpe. Ni jenis ngikuttttt. Oh my brother and sister, jadilah manusia yg paling dikenali penduduk langit berbanding penduduk bumi. Okay? :')

Ada juga beberapa org yg tanya di Instagram dll social web about penghijrahan. Akak rasa tak layak nak share dikkkk. Ampun. Orang yg berhijrah ni is actually orang yg tinggalkan perkara mungkar. Totally tinggalkan perkara yg dilarang Allah. Akak ni hubungan dengan parents, kawan, org sekeliling especially hubungan dengan Allah pun kejap naik kejap turun. Kawan akak ramai yg mashaallah tiptop hebat. Banyak ilmu. Akhlak tinggi. Budi bahasa thorbaikkk. Depa tinggalkan benda lagha like pergaulan dengan berlainan jantina dan tempat-tempat lagha. But akak ni masih on dengan benda macamtu. Wuuuwu. I'm so sorry adik adiksss sekalian. *feel bad*

Okay that's all bye bye. Eh? Hehe.

Tak molek gitu. Em. Ana nak minta maaf kepada semua yg mengenali diri ini. Kot ada yg terasa hati, tersakit hati dan segala terr tu dengan semua moment/tweet/ws/fb/tumblr dll. Terimakasih juga kepada yg setia berada bersama ana selama ni. Terimakasih atas segala tawa dan tangis. Hope lepasni tawa jela eh no tangis lagi no no okay sebab.. Sakitnya tuuu disini *tunjuk hati*. Wakaka! Fyi, diri ini masih struggle menjaga iman, menjaga hati dan berubah menjadi lebih baik daripada semalam. Siapa yg nak jadi lagi jahat dari semalam right? Lagi-lagi dah makin tua ni. Tobat always wokayyy. Allah Maha Pengampun. Maha Mengetahui segala isi hati kita. Biarla orang tak tahu. Asalkan Dia tahu. Itu sudah cukup. Jumsss sama sama yuksss perjuangkan Islam, agama suci kita. InshaAllah. May Allah ease our journey. Ingat molek, jalan ke Surga itu sarat dengan duri. Kena banyak sabar tabah kuat redha tenang. Ganjaran untuk kita bukan di dunia ni. Tapi di Surga sana. Sabar yaa. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala aali sayyidina Muhammad. Keep smiling my dearest. :)