Monday, 25 August 2014

Sifat-sifat Pakaian Wanita Islam



Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Secara ringkasnya, berikut ini ialah sifat-sifat pakaian wanita dalam Islam, sebagaimana yang dapat diambil kesimpulan dan isyarat-isyaratnya daripada Quran, Hadith dan ajaran para Ulamak dan Hukama' Islam :

  1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
  2. Pakaian itu tidak terlalu tipis sehingga tampak terbayang-bayang tubuh badan dari luar.
  3. Pakaian itu tidak sempit atau ketat, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki.
  4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya. ( Ini terutamanya pakaian luar, seperti jilbab atau abaya. Menurut Ibn Kathir, di dalam Tafsirnya, pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi SAW ketika mereka keluar rumah, berwarna hitam).
  5. Pakaian itu tiada sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bau yang harum, demikian juga tubuh badan perempuan itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah, sehingga lelaki mencium baunya, disifatkan oleh Rasulullah SAW, sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
  6. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian lelaki, yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.
  7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.
  8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian bermegah-megah, untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias.


Wanita di Tanah Arab pada zaman Jahiliyyah dahulu mendedahkan aurat mereka lebih kurang seperti wanita moden. Ada di antara mereka yang berkelubung menutup kepala dan belakang leher, tetapi mendedahkan muka, depan leher dan dada.

Hukum aurat dan hijab itu ialah untuk memelihara kesuciaan dan kemuliaan wanita, dan bukannya untuk menghina dan menyeksa mereka. Semoga Allah mengurniakan kita taufik, hidayah, 'inayah, kekuatan dan keikhlasan untuk mengamalkan perintahNya. Allahumma amin.



Waspadalah terhadap kerosakan Zaman, dan himpunlah anak-anakmu erat ke dadamu nan bidang --- anak-anak burung padang rumput ini yang belum tumbuh bulu untuk terbang, telah jatuh jauh dari sangkarnya yang hangat nyaman.

Tinggi, tinggi, keinginan yang bergelut dengan dirimu!
Teladan sempurna, Fatimah 'afifah itu,
Meskipun sekalian makhluk menta'ati suruhannya,
namun ia meneggelamkan iradatnya dalam keridhaan suaminya yang soleh.
Terdidik tabah dan rendah hati,
Sedang bibirnya mentilawah Kitab Suci, ia memutar kisaran gandum di rumahnya.....
Insaflah sentiasa akan tauladanmu, Fatimah,
Agar dahanmu akan membuahkab Husain yang baharu,
Tamansari kita berkembang mekar dengan Zaman Kencana.

// Antara rangkap petikan syair daripada 'Allamah Muhammad Iqbal (r.a) dengan syairnya yang bertajuk Remuzi-Bekhudi (Rahsia-rahsia Kelenyapan diri) yang ditulisnya dalam bahasa Farsi.//





Kitab Hijab
Wan Muhammad bin Wan Muhammad 'Ali
Pasir Mas, Kelantan


Wednesday, 6 August 2014

Isu Purdah



Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh.

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan, yang berkuasa menjadikan sesuatu, yang menciptakan makhluk dimuka bumi ini dan yang Maha Mengetahui setiap sesuatu, walau hanya sekeping daun yang jatuh di tengah hutan tebal. Alhamdulillah masih berbaki sisa-sisa nafas yang tidak diketahui tarikh tamatnya, yang tidak diketahui bagaimana penamatnya, Allahurabbi. Tiada pilihan yang lain selain yang 2 ini ; Syurga atau Neraka. 

Apa yang ana mahu kongsi ni hanya PENGALAMAN. Tiada kaitan dengan sesiapa. Tiada niat mahu condemn/bash sesiapa. Ini bukannya tempat untuk berlawan siapa salah siapa benar. Bukan tempat untuk bercerita semata-mata demi melempiaskan nafsu amarah/benci/tidak puas hati. Dan bukan juga untuk mengaibkan mana-mana pihak. Mohon berlapang dada. 


Begitu pantas masa berlalu, sekarang sudah bulan Ogos bermakna benda ni sudah berlalu kira-kira 5 bulan yang lalu. So peratus untuk ana flashback apa yg berlaku agak rendah. Maklumlah memori tak cukup. Limited size chuolss.

Tempat ana sambung belajar ni tempat yang baru so students tak ramai. Batch ana pun sedikit sahaja. So apa-apa yang berlaku dalam kawasan Universiti memang sepantas kilat sampai ke pihak atasan. Termasuklah kes ana ni. Terus popular tau! Muahaha. Alhamdulillah ana berkesempatan pakai purdah selama 1++ bulan. Sekarang ni tak pakai. Kalau nak boleh, tapi terus naik tatatertib la cerita dia. Tak sanggup lah ana nak malukan nama family dan menghancurkan harapan family. Semua yang ana buat ana akan fikir orang lain sebelum diri sendiri. Kena kentalkan diri dan terus kuat. 

Scene ni berlaku dalam bilik mesyuarat pegawai *tetttttttt. Orang-orang penting semua ada duduk sebaris. Ana dengan kawan dan senior 4 orang duduk sebaris menghadap mereka. Mereka tu ada lah dalam 10 orang. Ha amekkaw. Nebes tauuuuu. Tapi muka acah acah selamber cool aaaaa. Hiks.

Masa tu kitaorg still pakai purdah. Dan sebelum benda ni berlaku kitaorg dah meet up dan bincang. Bersama-sama dengan kawan Persatuan Islam. Alhamdulillah ada seorang kakak senior ni dia transit dari Shah Alam dan dia bebas pakai purdah di situ. So banyak benda lah dia cerita. Yang ana terkejut walaupun kitaorg dah sign up as ahli persatuan tu, kitaorg tetap under observation. Mereka tu pulak suruh kawan kitaorg perhatikan kitaorg. Adui. Silap besar aaaa suruh kawan perhati kawan. Sampai hati tau. Kitaorg ni nak tolong persatuan tapi terikat macam banduan. Sobs.

Masa dalam bilik mesyuarat tu mula-mula introduce diri. Sorang-sorang kena buka purdah bila nak bercakap. Sampai turn ana no 3, ana tetap berkeras tak nak buka. So skip ana kejap and then semua dah buka purdah. Kira ana last sekali yang buka sebab paling degil dan paling lantang. Wakaka. Disebabkan pegawai undang-undang sudah mengemukan bab undang-undang dan kes-kes tertentu so ana buka lah secara terpaksa. Setiap seorang daripada mereka ada memegang kertas salinan maklumat peribadi kitaorg. Bermula lah sesi soal jawab.. Jeng jeng jeng!

Bab soal jawab ni tak nak cerita panjang lebar. Just apa yang ana perasan, at first mereka tanya soalan elok-elok ja. Latar belakang family, pengalaman belajar di mana-mana pondok, etc. Bila dah lama-lama, mereka mula buka cerita pasal ajaran sesat macam Syiah, pasal tabligh dan juga tareqat. Before that, kami ni disuruh cerita bagaimana cerita penghijrahan kami. Oh no way man! Kawan yang lain semua cerita dan ada yang menangis tapi ana memang tak lerr. 'Berhati-hati dengan siapa anda berkongsi cerita dan rahsia'. That's me!

Walau ana berbahas dengan ayat Al Quran mereka tetap tak kasi chance. Pak Ustaz juga membantah kami dengan mengemukakan beberapa potong hadis. Huhh. Yang paling ana tertarik bila mereka tanya soalan, "Ada join mana-mana kumpulan tareqat?". Semua diammmm. Then ana pun angkat tangan tanda ya! Walhal ana tak ada lah join setiap minggu pergi tempat dia cuma ada sekali sahaja. Sebenarnya saja ja nak test mereka sebab ana nak tahu apa sebenarnya yang mereka nak cakapkan. After that, ana tanya macam-macam soalan pasal tareqat dekat Pak Ustaz. Muahaha. Saja je nak test. Lepastu Pak Ustaz boleh pula kata tabligh tu ada yg tak betui. Waduhh gi mana sehh. Ana diam dan dengar sahaja tapi muka haruslah seperti penuh minat mendengar ceramah daripada Pak tersebut. Ekekeke. Anyway itu pendapat beliau dan ana respect beliau no matter what sebab dah title Ustaz muda kan. Katanya sudah belajar di sebelah Middle East 4 tahun. Ana ni apa je ilmunya berbanding dengan pak Ustaz. 

At the end, nak atau tidak, kami terpaksa menanggalkan purdah. Alasannya, mereka risau dan mengambil langkah berjaga-jaga daripada berlakunya kes kecurian dalam kawasan Universiti. Tup tup after a few months. berlaku kes kecurian yang agak besar. Allahu.. Bukan nak cakap apa la, curi mencuri semua ni tidak akan berlaku tanpa izin dan kehendakNya. Mungkin juga kerana silap manusia sendiri kerana tidak letak sepenuh pergantungan serta kepercayaan kepadaNya. Wahai tuan puan sekalian, sesungguhnya kami memakai purdah bukanlah untuk mencuri dan menyamar. Sekian ^^

Baik! Setakat itu sahaja kot yang ana boleh share. Cuma waktu sekarang, apa yang ana dan kawan perasan, kitaorg still under pengawasan dan kaunselor ada juga nak follow up but ana buat dek je. Haha. Setakat ini semua benda yang kitaorg apply untuk aktiviti di Universiti semua ditolak. Musykil juga sebab nak kata tak penuhi kriteria tu rasanya dah penuhi. Sedangan Koordinator pun kata kitaorg layak dapat. Allahu'alam. Terpulanglah. Teruskan memBOIKOT. Kitaorg hanya berpegang pada janji Dia. InshaAllah suatu hari Dia pasti membuka pintu hati anda, anda dan anda.

P/s : Niat dan tujuan ana hanya satu waktu itu ; Ingin mengemukakan peraturan baru iaitu semua pelajar wanita Muslim wajib bertudung dan memelihara aurat. Alhamdulillah sampai juga hajat itu kepada mereka tetapi respons mereka sangat mengecewakan. Apa yang mereka kata, "Kami kena ikut orang atas. Kalau orang atas tak laksanakan kami tetap tak boleh buat apa. Kami bersyukur orang atasan tetap memberi peluang kami untuk berhijab." Pehh. Hancur luluh hati mendengarnya. Bilamana manusia lebih taat kepada orang atasan berbanding taat kepada Tuhannya. Allahurabbi. Itulah hakikat dunia. Manusia sanggup ingkar perintahNya kerana takut dipecat kerja, tidak diberi gaji dan lain lain. Sedangkan yang memberi rezeki itu siapa kalau bukan Allah SWT. Macam ini lah tuan puan sekalian, jika pemimpinnya benar maka seluruh rakyatnya akan benar. Konsep ini seharusnya digunakan. Kenapa perlu tunggu orang bawah yang memulakan jika orang atas berkemampuan untuk memulakan sesuatu? Sampai bila? Kiamat? Selain itu, mereka juga ada tugaskan kami untuk membimbing rakan-rakan, jadi naqibah lah aper. But at the end mereka terus senyap malah kitaorg dipanggil kaunselor. Sebenarnya dari dalam meeting room lagi ana tahu apa yg dicakapkan oleh mereka hanya kiasan. Mulut berkata manis. Ermmm. Tidak mengapalah wahai tuan wahai puan. :')




Antara wasiat Imam Hasan Al Banna ;

"Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya."