Friday, 7 March 2014

Tempat baru, orang baru dan segalanya baru




Assalamualaikum warahmatullah.

Kali ini nak cerita santai sikit memandangkan previous posts ana semua macam “ekeleh yang engko serius sangat apedehal”. LOL

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan ana hadir sama-sama dalam Minggu Pemantapan Siswa (MPS) dengan mudah dan berjaya. Dengan itu secara rasminya ana sudah pun bergelar pelajar sepenuh masa sarjana muda sains komputer (kepujian) pengkomputeran multimedia. Ana start semester 3 terus so inshaAllah 2 atau 2 ½ tahun tamat tempoh pengajian. Doakan ana grad on time dan berjaya dapat ANC (Anugerah Naib Canselor). Awal-awal semester ni haruslah confident dan bercita-cita tinggi kennn. Herher



Sepanjang MPS ana suka perhati ‘peel’ semua orang. Alhamdulillah mostly semua okay. Baik je sopan-santun dan suka senyum. Sangat berbeza masa MDS diploma dulu. Bukan niat ana nak burukkan sesiapa tapi sejujurnya dari segi pemakaian sampailah cara berkomunikasi students dekat tempa ana sekarang lebih baik daripada masa diploma dulu. Tak sure la sebab apa. Mungkin sebab masing-masing dah 20-an atau memang kos ana budak dia nerd sikit. Wallahualam..tapi yang penting ramai budak utara Kedah, Ganu, Penang semua. Orang Kedah toksah cakap ramah giler sampai ana terharu sebab dia jalan dekat cafe pun nak pimpin tangan ana padahal baru sehari kenal hehe sila jeles much :P

Mata ana selalu melirik ke arah fashionista. Ada la dalam 3-4 orang. Sikit kan? Dah cakap semua nerd tak percaya lol. Ana pandang mereka bukan bermaksud ana suka tapi rasa macam mengimbas diri ana yang dulu. Ana langsung tak pandang mereka dengan rasa marah atau tak suka dengan pemakaian mereka sebab ana pernah melalui zaman itu. Cukup doakan mereka. Itu lebih baik. Ana faham bila muka dah cantik, badan pun slim dan pakai pakaian branded mesti timbul satu perasaan ‘ingin menarik perhatian orang especially lelaki’. Sebenarnya fashionista ni bukan niat utamanya  nak menunjuk atau bangga tetapi lebih kepada suka nampak cantik dan bergaya kerana jiwa mereka sudah sebati dengan gaya macam itu sejak kecil lagi. Sama macam ana. Honestly ana kalau tengok fashionista ana suka pandang brand bag,kasut dia dan lain-lain. Sebagai contoh, ada student perempuan ni pakai baju kurung yang pada mata ana nampak cantik dan agak mahal serta kualiti then selepas itu ana tengok beg galas belakang yang dia pakai jenama Kipling. Okay start dari situ dalam kepala ana dah cop “Ahh ni orang kaya dan orang bandar”. Sebab ana tau beg jenama tu mahal even design dia sama macam beg biasa. Ada dekat klcc je ana baru jumpa. Ana tak tahu la nak buang perangai tu macam mana lagi sebab daripada dulu lebih tertarik dengan barang branded. Sekarang dalam proses melenyapkan semua itu dan menjauhkan diri daripada mengambil tahu hal-hal sebegitu kerana benda tu boleh buat kita kagum dengan dunia yang tiada nilai harga di mata penghuni syurga. Tengah try ni huh sedihhhh…

Bagi diri ana yang paling susah nak ubah is pemakaian. Bila duduk rumah cuti lama memang confident pakai jubah tudung labuh niqab semua hitam tapi seriously bila masuk U ni Allah..sangat mencabar bagi ana. Tak tahu lah banyak sangat syaitanirrajim agaknya. Itu ujian untuk ana. Ana sendiri kena bisikkan kekuatan untuk terus kuat  istiqamah. Dugaan lain pula dilarang berpurdah. Ana akur dengan  peraturan itu tapi kadang-kadang  nak menitis air mata kerana rindukan nak berniqab . Rindu teramat. Sebab bagi  ana bila ana berniqab ana akan rasa jasad lebih dekat dengan Rasulullah SAW. Isteri-isteri baginda kan begitu pemakaiannya jadi  walaupun baginda sudah lama wafat, ayat ni selalu terlintas dalam fikiran ana “Alangkah indahnya bertuahnya perempuan yang telah Allah pilih untuk menjadi isteri baginda dan betapa nikmatnya jika ana salah seorang daripadanya”. Siapa taknak bukan? Allahurobbi bestnya MashaAllah.. Kadang-kadang rasa cinta dalam hati lebih bermakna jika dizahirkan bagi sesetengah perkara.

Allright setakat itu je ana nak share. Benda yang paling ana selalu bayangkan masa taklimat dan aktiviti dalam auditorium adalah semua perempuan berjubah hitam berpurdah dan lelaki pula berjubah putih berserban. Kuat sangat imaginasi sampai meleleh jugak air mata sebab ana sedar tempat yang ana duduk sekarang bukannya pondok/madrasah so nak taknak kena telan jugak. Ana yakin pasti ada sebab mengapa Allah letak ana di sini di mana ujiannya agak besar. Student nya bukan seperti di UIA apatah lagi Mesir sana. InshaAllah..doakan ana selalu yaa. I will do my best and Allah will do the rest. La Tahzan Innallaha Ma’ana.

Sila tegur ana juga jika terlajak leka dengan duniawi. Ana cuma remaja sama macam kalian tapi mungkin berbeza tujuan hidup kerana tujuan hidup ana adalah ingin mencapai redha Allah Ta’ala untuk bersama-sama duduk disamping baginda Rasulullah SAW di Syurga kelak. Allahumma amin. And that’s why ana pendambaSyurga. InshaAllah..


“Sungguh aku tak kuat tapi aku kena kuat kerana ALLAH. “




No comments:

Post a Comment