Tuesday, 25 February 2014

Darjat wanita disisi Allah Tabaraka Wa Taala






Assalamualaikum warahmatullah.

Kata Hukama' Islam :

Wanita tiang negara ; apabila ia rosak, maka rosaklah negara, dan apabila ia salih, maka salihlah negara.

Pada akhir zaman ini kita dapat lihat penglibatan wanita dalam pelbagai bidang seperti bidang politik. Kebanyakan manusia beranggapan bahawa penglibatan akif wanita seperti ini adalah antara bukti kemajuan sesebuah negara. Hakikatnya, TIDAK. Malah semua ini adalah tanda sesuatu tamadun itu sudah sampai usia tuanya.

Sabda Rasulullah SAW, ertinya :

"Celakalah lelaki yang menjadi hamba kepada isterinya. Yakni yang mentaati isterinya atau mengangkat isterinya menjadi pemimpin dalam rumahtangga. Demikian pula sebuah masyarakat atau sesuatu kaum, apabila mereka mentaati perempuan-perempuan atau mengangkat perempuan-perempuan mereka, maka mereka tidak akan mencapai falah. Falah ertimya kemenangan/kejayaan/kebahagiaan.


Sudah cukup jelas bukan bahawa wanita adalah makhluk yang diciptakan Allah untuk berada di bawah pemerintahan lelaki walaupun ramai wanita intelektual yang lahir pada hari ini. Pesan ana, jangan melawan fitrah takut-takut Allah murka. Okay cuba fikir, kenapa seorang isteri wajib mentaati perintah suaminya? Jawapannya mudah, FITRAH. Memang fitrah Allah jadikan isteri itu akan menuruti kata-kata suami. Yang timbul isu isteri derhaka ini semua mereka melawan fitrah. Tahu apa yang membuatkan kita senang lawan fitrah? HAWA NAFSU. Jangan jadikan hawa nafsu kita kenderaan untuk berjalan di atas muka bumi ni kerana 'driver'nya setan-setan. 

Okay back to tujuan sebenarnya ana nak share kisah Fatimah Az Zahra yang ana pernah mention di Twitter sebelum ni ehee ter'bebel' intro panjang pulak. Wink!

Kisah ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah (RA). Kisah ini memberi gambaran kehidupan seorang wanita salih, puteri kepada junjungan Rasulullah SAW. Kisah ini ada disebutkan di dalam kitab Shaykh Muhammad Nawawiyy Al-Bantaniyy.

**ini ringkasan yang ana telah buat**

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bertemu anakandanya, Fatimah Az-Zahra (RA). Didapatinya anakandanya sedang menangis lalu Rasulullah SAW bertanya mengapa menangis lalu anakandanya menjawab, "Kerja rumahtangga ini lah yang menyebabkan anakanda menangis" kemudian anakandanya meminta untuk membelikan anak-anak seorang jariah untuk menolongnya membuat kerja-kerja rumah. Selepas itu Rasulullah SAW berkata (nasihat) kepada anakandanya. Antaranya :

- Barangmana perempuan yang mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya maka Allah tuliskan baginya dengan tiap-tiap biji gandum yang dikisarnya, suatu kebajikan dan mengangkat baginya suatu darjat.
- Barangmana perempuan yang berpeluh ketika ia mengisar untuk suaminya maka Allah menjadikan antaranya dan neraka tujuh buah parit.
- Barangmana perempuan yang meminyakkan rambut anak-anaknya dan menyikat rambut mereka, dan membasuh pakaian mereka maka Allah catatkan baginya ganjaran orang yang memberi makan kepada 1000 orang yang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang bertelanjang.
- Apabila seorang perempuan itu mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya dan Allah catatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan daripadanya seribu kejahatan.
- Apabila ia mula sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang Sabil.
- Apabila ia melahirkan anak, maka keluarlah ia daripada dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya meahirkannya.
- Barangmana perempuan yang mengkhidmati suaminya dalam sehari semalam  dengan baik hati dan ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosa-dosanya semua dan memakaikan Allah akan dia sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan baginya dengan tiap-tiap helai bulu atau rambut pada jasadnya seribu kebajikan dan mengurniakan Allah akan dia pahala seribu haji dan umrah.
- Barangmana perempuan yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya maka memberi minum Allah akan dia daripada sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratulmaut, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman darpada taman-taman syurga dan mencatatkan Allah baginya kelepasan daripada neraka dan selamatlah ia melintas atas Titisan Sirat Mustaqim.

MashaAllah Tabarakallah! Betapa Maha Pemurahnya Allah Taala kepada kita kaum wanita. Bukan satu kebaikan dibalas dengan satu pahala tapi berganda-ganda Allah balas ; tidak terjangkau dek pemikiran kita hambaNya yang serba hina ini. Ini pun bukan semua yang ana cerita dan masih ada lagi ilmu Allah yang tersebar luas di luar sana yang kita sendiri tidak tahu. 

Sejujurnya selepas ana tahu semua benda ni ana terus berazam tak mahu kerja, nak berkhidmat dalam rumahtangga untuk suami dan anak-anak. Tapi mentaliti masyarakat sekarang ni bila tahu kita tak kerja hanya surirumah, mula mengata sana sini. Pandang macam kita kelas bawahan, tak pandai, tak berjaya dan macam-macam lah. Walhal, wanita zaman Rasulullah mana ada keluar kejar sana sini untuk cari duit. Tanggungjawab tu semua digalas oleh suami mereka. Mereka hanya keluar jika dharurat sahaja. Bolej je hidup kan? :)

Lepas ana pasang azam macam tu, ada la terdengar kata-kata yang tak sedap didengar di telinga. Sebagai contoh, "jangan hampakan orang tua mu". Dah belajar sampai degree lepas itu tak kerja mesti orang pandang serong. Susah ana nak cakap, sesak dada ni rasa. Tak apa lah biar Allah yang handle masa hadapan kita. Semua sudah tertulis. Laksanakan tanggungjawab kita yang ada sekarang ini. Itu lebih penting. Tapi ana mengaku sebelum ni memang hajat di hati nak sambung study sampai master then kerja. Itu dulu. Jangan risau buat masa ni ana tak fikir pun masa depan macam mana, just follow the flow kata orang. Biar Allah sahaja yang tahu niat dalam hati kita masing-masing. Doa yang terbaik buat diri kita. InshaAllah.

Jika ana ada salah silap dalam memetik dan menyusun ayat hasil dari kitab tersebut, mohon tegur dan perbetulkan. Moga bermanfaat untuk semua. Amin ya Rabb.


Sumber rujukan : Kitab Al-Hijab 
Wan Muhammad bin Wan Muhammad 'Ali.
Pasir Mas, Kelantan. 




No comments:

Post a Comment