Thursday, 6 February 2014

Cinta Ilahi





Assalamualaikum warahmatullah.

"Lebih dari 50 tahun Hamka dan isterinya saling mendampingi, segala suka dan duka mereka hadapi berdua dari masa usia muda ketika menikah. Hamka berusia 19 tahun dan isterinya kala itu berusia 16 tahun. Keduanya dikurnia 12 orang anak.

Setelah isteri beliau wafat, Hamka lebih sering tinggal di rumah, jarang berpergian. Undangan ke luar kota pun tidak dapat ia penuhi."

Allahuakbar. Ini benda yang paling ana geruni. Iaitu cinta kita kepada manusia melebihi daripada cinta kita kepada Allah. Sungguh ana takut. Bila kita cinta pada manusia semestinya kebergantungan kita lebih kepada manusia berbanding Allah. Sedangkan bila kita bergayut di dahan cinta manusia bila-bila sahaja dahan itu boleh patah. Dengan kita kita sekali jatuh hanyut. Allahu. Moga dielakkan perkara sebegini.


" Struggle to gain the love of Allah"


Ana ada beberapa kisah yang mahu dikongsi bersama. Ini antara kisah yang berjaya menyentuh hati ana. :))

Kisah 1

Ada seorang lelaki ni dia terpaku melihat seorang perempuan yang cantik rupawan MashaAllah cantiknya bukan calang-calang dan terus lelaki ni jatuh hati. Selepas dari itu, hidup lelaki itu dibayangi dengan kecantikan perempuan itu. Masa tidur, masa makan dan setiap masa asyik teringat akan si cantik itu lalu dia berhasrat untuk melamar perempuan tersebut untuk dijadikan isteri. Selepas itu lelaki tersebut pergi menghampiri si cantik dan meluahkan hasrat hatinya. Lalu perempuan itu berkata, "Awak nak kahwin dengan saya boleh saya akan setuju tapi kena penuhi 1 syarat dahulu. Syaratnya adalah awak kena solat berjemaah di masjid ini selama 40 hari pada setiap waktu solat dan selepas tempoh itu berakhir saya berjanji akan mengahwini awak". Lalu lelaki itu pun setuju. Dia pun solat setiap waktu secara berjemaah di masjid itu tanpa tinggal 1 waktu pun. Pada hari ke 41, perempuan itu datang ke masjid untuk bertemu lelaki itu tapi malangnya lelaki itu tiada di situ. Selepas beberapa hari, baru perempuan itu tahu bahawa lelaki itu sudah tidak lagi suka padanya. Lelaki itu berkata, "Cintaku pada Allah sudah memalingkan aku daripadamu".

Kisah 2

Ini cerita Nabi Yusuf AS. Ada seorang perempuan bernama Siti Zulaikha. Beliau sangat meminati akan Nabi Yusuf AS dan teringin sekali ingin menjadi isteri kepada Nabi Yusuf AS. Pada suatu hari, Allah makbulkan permintaan Siti Zulaikha lalu bernikah lah mereka berdua. Malam pertama pernikahan mereka, Nabi Yusuf AS tunggu isterinya di dalam bilik. Lama Nabi Yusuf AS tunggu dan kemudian Siti Zulaikha pun masuk ke dalam bilik tanpa melihat sedikit pun wajah Nabi Yusuf AS lalu Siti Zulaikha membentangkan sejadah seterusnya mengerjakan solat dalam jangka masa yang sangat panjang. Nabi Yusuf AS naik hairan kenapa isterinya solat terlalu lama lalu Nabi Yusuf AS bertanya kepada isterinya, "Kenapa kamu solat begitu lama dan tidak langsung memandang ke arahku sedangkan sebelum ini kau tergila-gila akan aku?". Siti Zulaikha menjawab, "Barangsiapa dapat kasih Allah, tiada kasih lain."


Allahuakbar! Hebat kan bila kita cinta pada Allah. Dunia dan manusia seisinya seakan tiada nilai. Kita akan rasa cukup bila ada Allah dalam hati. Bak kata sahabat ana, 'Mengejar manusia kita akan lelah. Mengejar Allah kita takkan rebah'. MasyaAllah Tabarakallah! Pupuklah rasa cinta kepada Allah melalui rasa kasih kita kepada baginda Rasullullah SAW. Itu antara caranya. InshaAllah boleh :)) Buang cinta manusia jauh-jauh terutamanya kepada yang haram. Ya ana tahu benda ni sukar tapi tak mustahil. Gunakan doa sebagai senjata. Hadirkan diri ke taman syurga. Pelajari ilmu yang bermanfaat untuk Islam. Kurangkan aktiviti dunia, tambah aktiviti akhirat. InshaAllah.



- Sit with those who LOVES ALLAH for that enlightens the mind -
[Ummar Al Khatab] 





No comments:

Post a Comment