Sunday, 5 January 2014

Hijrah



Assalamualaikum warahmatullah.

Serangkap ayat yang membuat ana tersentak bila membacanya :

"Dari tanah aku datang, pada tanah aku pulang. 
Dari bersih aku datang, mengapa kekotoron ku bawa pulang?"

sumber : twitter

MashaAllah mendalam kan ayat itu. Dari situ sedikit demi sedikit ana mula sedar kotornya diri ana selama hidup 20 tahun. Sangat kotor jijik busuk. Kalau dosa itu Allah cipta berbau busuk, tentu sekali tiada seorang makhluk manusia malah sekecil zarah makhluk di muka bumi ini ingin mendekati ana. Sungguh. 

Pertama sekali ana tinggalkan benda-benda couple ini sebab kadang-kadang maksiat ini penghalang utama hubungan kita dengan Pencipta. Ana tak nak cerita panjang bab ini tapi cukuplah untuk pengetahuan semua betapa pedih perit sakitnya waktu mula mula sekali kita hendak berhijrah. Dugaan bertubi-tubi. Allah akan beri seberat-berat ujian sampai suatu masa kita akan rasa apa yang wujud -- hanyalah aku dan Allah. Tiada orang lain. Tiada siapa di sisi kecuali Allah Taala. 

Kisah silam ana. Pheww. Pada sahabat ana yang sudah kenal lama dengan ana mungkin sedia maklum dengan cara pemakaian ana. Bila teringat rasa ya Allah berdosanya. Buruk sangat untuk diceritakan. Dulu, ana ialah tempat orang menabur fitnah, tempat orang melempar kata cacian, tempat lelaki jadikan barang mainan. Satu ayat yang dilempar pada ana yang tak boleh lupa sampai sekarang, "Kau ni setan bertopengkan manusia". Astaghfirullah. Kalau ana cerita lebih dahsyat lagi dari itu cuma ana ni jenis tak suka sangat bercerita dan bercakap banyak so prefer memendam daripada bercerita. 

Itulah roda kehidupan ana setakat ini. Biarlah zaman jahiliyah ana antara ana dengan Pencipta sahaja. Ana hanya mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman lalu. Bermacam jenis orang ana kenal daripada lelaki biseksual suami curang majikan muka dua talam lelaki clubbing bohsia semua lah. Pengalaman sebenarnya banyak mengajar ana berfikiran matang terutamanya dalam memilih kawan lagi-lagi lelaki. Fuhh. Lelaki ni macam-macam perangai ada wokeh. Be careful hawa :')

"Allah akan menutup aib kamu seandainya kamu menutup aib orang lain."


Syukran jazilan kepada sahabat twitter, instagram yang menggunakan laman sosial ini sebagai aktiviti dakwah. Salute! Dakwah mereka banyak memberi ana kesedaran lalu Allah lah yang menggerakkan hati ana. Alhamdulllah. 

Ehemm. Ana tak pernah rasa ana kuat untuk terus istiqamah. Terlalu takut jika jatuh terkandas lagi ke lembah syaitan. Takut sangat. Memandangkan ini seruan Allah kali kedua buat diri ana, apa pun terjadi ana tetap nak mempertahankan Islam dalam diri ana. Hanya doa orang sekeliling yang ana pinta. In sha Allah.

P/s : Hidayah milik Allah. Bukan milik sesiapa. Allah akan memberinya kepada orang yang dikehendakinya. Berdoalah agar diberi petunjuk dan hidayah. Semoga sentiasa istiqamah dalam menggapai kasih sayang dan redha Allah SWT. Amin ya Robbaalamin.


Jika Allah selalu bersamamu,maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya,jika Allah menjadi musuhmu,maka kepada siapa engkau akan berharap?

- melati ketiga -



No comments:

Post a Comment