Tuesday, 28 January 2014

#catatanNur



Assalamualaikum warahmatullah.
02:10 am


Aku tahu.
Tika aku melangkah kaki jalan ke arah Mu.
Aku kena lepaskan apa yang aku ada.
Segala-galanya.

Kadang rasa sedih menerpa pabila ku sejenak menoleh ke belakang.
Banyak memori yang tercipta.
Memori manis bersama kalian.
Pasti akan ku bawa kemana-mana selagi hayat dikandung badan.

Aku tahu.
Aku mesti terus pandang ke hadapan tanpa rasa sesal.
Aku ingin meminta maaf andai ada yang menyinggung.

Tolong.
Izinkan aku mencari Nur.
Izinkan aku mencari Islam yang sebenar.
Izinkan aku menepati janji ku kepada Dia.
Janji yang sudah kita semua lafazkan sebelum jasad ditiup roh lagi.

Ampunkan aku.
Kerana tidak mampu berpatah ke belakang lagi.
InshaAllah doaku untuk teman sentiasa ada.
Moga ketemu kita di Syurga nanti.
Aku sayang rindu semua.

Syukurlah.
Kerana kamu dan kamu sebahagian dari takdir hidup ku.


- Kehidupan ini ada 3 detik. Sesaat yang sudah berlalu tidak dapat diubah lagi. Sesaat yang sedang kita lalui maka manfaatkan. Sesaat akan tiba yang belum pasti ditemui. [Imam Al Ghazali] - 




Saturday, 18 January 2014

Al-hubb





"Ya Allah, hadirkan cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia."


Kehadiran seseorang dalam hidup kita boleh jadi rezeki atau ujian. Sama ada ianya rezeki atau ujian hanya Allah yang mengetahui kejadian di sebaliknya. Semua orang ada kisah cinta masing-masing. Ada yang berkekalan hingga ke akhir hayat, ada yang hanya berhenti separuh jalan dan macam-macam lagi. Kalau cerita bab cinta memang semua orang akan tertarik sebab cinta ini satu anugerah dari Allah Taala. Anugerah yang terindah :')

Bagi yang bercinta tanpa ambil kira batas dan hukum dalam Islam mungkin mereka rasa indah seronok bahagia. Happily ever after ler kononnya. Ceit! Tapi bagi yang bercinta dengan cara pergaulan yang ditetapkan dalam Islam mesti akan merasa sebaliknya.

Semua orang yang ingin memelihara dirinya daripada maksiat pasti memilih bercinta selepas nikah. Tapi Allah is the best planner right so ada juga yang ditakdirkan bercinta sebelum nikah walaupun bukan hajat di hati ingin sebegitu. Jangan pula disalahkan takdir. Mungkin ada sebab kenapa Allah beri kita rasa cinta itu sebelum nikah lagi. Mungkin Dia mahu kita berkenalan dahulu. Saling mengambil berat dan tahu serba serbi kelemahan/kelebihan si dia. Bagi ana, cinta itu tidak akan lahir tanpa rasa sayang. Mula-mula sekali mesti sayang. Selepas itu baru akan timbul rasa cinta.

Situasi

Pengalaman pertama apabila timbul rasa sayang pada si dia yang tak pernah kenal, tak pernah bersua muka. Dengar suara pun tak pernah. Hanya mesej yang menghubungkan kami. Dan juga DOA :') Perkenalan sebegini sangatlah berisiko besar. Dan sangat menyeksakan sebenarnya. Siapa yang berani je sanggup. Sebab banyak benda yang tak dijangka boleh jadi. Hubungan macamni akan banyak membuatkan kita berfikir daripada bertindak. Fikir dan fikir sampai penat otak iolss. Last-last serah pada Allah je. Dia lagi Maha Mengetahui segalanya. Lagi-lagi dapat pulak yang dua dua suka memendam. Hamekkaw! Tapi best tau berkenalan cara macamni sebab boleh control ourself daripada melebih-lebih. Takdelah angau sampai eksiden basikal. Hiks. 


Manusia itu punya satu hati dan dalam hati mereka hanya boleh simpan SATUUUU saja cinta. ( Ya Allah fill my heart with Your love). Ingat molek yaa, dalam hati kita letaklah Allah SWT sebagai cinta kita yang satu kerana Dia yang paling layak bertakhta di hati. Whyyy? Kerana kita dicipta oleh Dia dan kepada Dia jua lah kita kembali :') Dan cintailah yang lain kerana Allah. In sha Allah berkekalan hingga ke syurga. Takkan nak cinta sampai akhir hayat je kan? Mesti nak jumpa dan bercinta lagi dan lagi di syurga kelak. Allahumma amin!


" Dalam DIAM aku terus mendoakanmu. Semoga Tuhan sampaikan isi hati ini melalui DOA yang 'khas' kutitipkan buatmu, dengan caraNya yang terindah..."


P/s : Jangan biar cinta yang mengawal kita. Takut nanti kita tenggelam dalam lembah kemaksiatan. Saling mengingati batas-batas pergaulan yang sebenar dan cepat-cepat tawennnn in sha Allah hidup dan cinta kita akan sentiasa diberkati Allah SWT.



A Husband said to his wife :
50,000 years before the sky was introduced to the sea, Allah Azza Wa Jall wrote your name next to me.









Wednesday, 15 January 2014

Kekasih





Andai sahaja Rasullullah masih ada di atas muka bumi ini, pasti ana mahu berjalan di samping baginda. Andai sahaja Rasulullah masih hidup, pasti tiada siapa yang berani memperlekehkan sunnah mu ya Rasulullah. Ana yakin sunnah Rasulullah akan hidup mekar di sekeiling dunia.

Kata ustazah Rozimah :

"Akhir zaman nak menghidupkan sunnah Rasulullah itu seperti menggenggam bara api."

At first bila ana dengar ustazah cakap macam ini dalam hati terdetik "mesti susah kan". Tapi masa tu tak dapat hayati erti menggenggam bara api lagi. Lama kelamaan lagi-lagi lepas maulid Nabi ni ana dah mula hayati sedikit demi sedikit macam mana rasanya. Allahurobbi. Ana masih terasa sakitnya sampai saat ini. Sangat sangat sakit. 


Sebab tu ana cakap andai Rasullullah ada dekat sini, mesti semua akan ikut sunnah baginda. Mesti tiada siapa nak marah kita nak ejek kita nak gelakkan kita bila kita buat sunnah Nabi. Tapi bila ana rasa down sangat-sangat ana akan ingat balik apa yang ustazah cakap, "kalau aku genggam bara api itu mesti sakit sangat melecur tangan. Ini baru remuk hati dah sedih sangat pasaipaa syera?! Chillex lah. Kata sayang Rasulullah."

Sebenarnya ana nak share satu video ni yang ana jumpa di Facebook tapi sedih tak jumpa pun dekat Youtube. Tak ada rezeki mungkin. In sha Allah kalau ana jumpa ana akan share di blog ni yee. I cried so hard tauuu bila tengok video tu. 

Kadang-kadang kita ni selalu menangis kerana manusia. Tapi tak pernah nangis sebab Rasulullah kan. Cuba muhasabah diri balik. Bila kali terakhir kita menangis teresak-esak sebab rindukan Rasulullah? Bila kali terakhir kita belajar sirah baginda? Bila kali terakhir kita selawat ke atas baginda? Allahu Allah. Bila Rasulullah hidup dalam hati kita pasti kita akan merasa rindu serindunya dan berharap sekali ingin bertemu dengan baginda.

Moga kita semua akan mendapat syafaat baginda pada hari akhirat kelak. Allahumma amin. Lets selawat,

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala aali sayyidina Muhammad...



P/s : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku dipagi hari 10 kali dan dipetang hari 10 kali, maka dia akan mendapatkan syafaatku di hari kiamat." (HR. Tabrani)





Saturday, 11 January 2014

#catatanNur




Assalamualaikum warahmatullah.
01:30 am

Sudah berkali aku menahan langkah dari pergi menegur sapa sahabat sendiri.
Terasa berat kaki ini pabila ingin mendekatimu apatah lagi menyapamu.
Aku melihat kamu begitu sempurna bertutup litup seperti bidadari syurga tenangnya aku melihatmu.
Sedangkan waktu itu aku hanyalah mangsa mainan tipu daya fesyen dunia yang hina dina ini.

Kini kau jauh nun di bumi sakura.
Semuanya sudah terlambat.
Andai sahaja aku cekalkan hati serta gagahkan langkah untuk menyapamu tempoh hari.
Ku pinta diberi peluang untuk bertemu denganmu sahabat.
Itu pun jika kau kenal lagi dan mahu mengaku aku yang hina ini sahabat mu.


P/s : "Selemah-lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari." [Saidina Ali]



- Sahabat ke NERAKA mudah DICARI..
Sahabat ke SYURGA sukar DITEMUI-




Thursday, 9 January 2014

Tentang hijab





Assalamualaikum warahmatullah.

Ramai yang berkata begini especially kaum adam :

"Tak semestinya yang berjubah berniqab itu baik dan tinggi imannya. Berhati hati lah."

#pendapatperibadi
Ana sebenarnya kurang setuju dengan mentaliti orang macam ini. Sebab apa? Sebab bukan mudah ya hawa mahu menutup litup seluruh tubuhnya daripada dijadikan tatapan orang sekeliling. Bukan mudah tandanya ada pahala yang Allah akan sediakan. In sha Allah.

Situasi 

Sedang seorang hawa yang berpakaian mengikut syariat Islam berjalan di klcc tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan seagamanya berjalan lenggok dengan pakaian terdedah sana sini lalu tercetus di hati hawa ini, "Ish aku kalau pakai macam tu pun lagi meletup uols cuma aku tutup kerana takut azab Allah lagipun aku nak jadi bidadari syurga. Takut ahh neraka."

-------------

Nampak tak gambarannya di situ? Semua hawa menutup aurat kerana mengikut perintah Allah SWT. Hati kami dikawal oleh iman bukan nafsu. Ana di sini bukan mahu menegakkan apa apa kebenaran kerana ana sendiri ada khilaf dan salah. Mungkin juga ana belum berpeluang bertemu dengan manusia yang hipokrit so mungkin ada di antara mereka sudah bertemu dan mempunyai pengalaman sendiri dan sebab itu mereka suruh berhati-hati. Wallahualam.

Bak kata Ustaz Kazim, "Masa solat perempuan kena pakai telekung kena pastikan tiada rambut terkeluar. Lelaki tak payah pun. Masa keluar perempuan kena pakai stokin la handsock semua. Lelaki tak payah susah susah keluar je macamtu. Sebab itu perempuan ni senang nak masuk syurga dan senang masuk neraka."

So, nak syurga jaga molek yaa. :')

By the way, ana sekarang tengah tunggu sahabat ana bawa balik kitab pasal hijab dari kelantan nun. Nanti ana study betul betul and in sha Allah kalau umur panjang ana akan share yee. Pasal berniqab pun ada. Kalau ana tak silap mazhab Syafie ni ada pegangan yang kuat dan lemah. Bila kita pegang yang kuat jadi automatik seluruh anggota badan hawa itu aurat. Thats why ada yang prefer berniqab. Wallahualam. Ana kena kaji study betul betul dulu sebab anak muda akhir zaman ni pandai belaka. Ihiks! Pandai berguru tak apa jangan pandai sendirian berhad sudah. In sha Allah.

P/s : Kalau tiada secebis kekuatan iman dalam diri hawa masakan dia bersusah payah membalut tubuh badannya melainkan kerana akur dengan perintah tuhannya.



- Sepotong roti kering dengan hati yang tenang lebih nikmat daripada sebaldi madu dengan hati penuh ketakutan. Sebuah beca yang tertutup daripada aib lebih baik daripada istana yang penuh dengan fitnah. -




Monday, 6 January 2014

#catatanNur


Assalamualaikum warahmatullah.
01:02 am

Masa silam, tolong pergi.
Masa silam, jangan ganggu hidupku lagi.
Masa silam, berhenti mengejarku. 
Masa silam, kau hanya titik hitam dan gelapku. 
Masa silam, kau banyak menconteng arang pada mukaku. 
Masa silam, tolong hilang dari pandangan dan ingatanku. 

Sudah penat hati ini menahan rasa benci. 
Sungguh ana tak  mahu sekelumit perasaan negatif pun hinggap dalam hati ana. Ana hanya mahu hati ini dibalut dengan kasih sayang Allah SWT, rasa cinta kepada kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW dan rasa rindu yang tiada henti pada Quran Al Karim. Ya Rabbe, jika ini hukumanku ana redha. Kerana ana lebih takut akan balasan api neraka jahannam.  


P/s : "....dan kepada Allah jualah hendak kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang yang beriman." (Surah Al-Maidah : Ayat 23)



- Seandainya tiada nyala api yang ada disebelahku.
 tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium-

- kalung ketiga -





Sunday, 5 January 2014

Hijrah



Assalamualaikum warahmatullah.

Serangkap ayat yang membuat ana tersentak bila membacanya :

"Dari tanah aku datang, pada tanah aku pulang. 
Dari bersih aku datang, mengapa kekotoron ku bawa pulang?"

sumber : twitter

MashaAllah mendalam kan ayat itu. Dari situ sedikit demi sedikit ana mula sedar kotornya diri ana selama hidup 20 tahun. Sangat kotor jijik busuk. Kalau dosa itu Allah cipta berbau busuk, tentu sekali tiada seorang makhluk manusia malah sekecil zarah makhluk di muka bumi ini ingin mendekati ana. Sungguh. 

Pertama sekali ana tinggalkan benda-benda couple ini sebab kadang-kadang maksiat ini penghalang utama hubungan kita dengan Pencipta. Ana tak nak cerita panjang bab ini tapi cukuplah untuk pengetahuan semua betapa pedih perit sakitnya waktu mula mula sekali kita hendak berhijrah. Dugaan bertubi-tubi. Allah akan beri seberat-berat ujian sampai suatu masa kita akan rasa apa yang wujud -- hanyalah aku dan Allah. Tiada orang lain. Tiada siapa di sisi kecuali Allah Taala. 

Kisah silam ana. Pheww. Pada sahabat ana yang sudah kenal lama dengan ana mungkin sedia maklum dengan cara pemakaian ana. Bila teringat rasa ya Allah berdosanya. Buruk sangat untuk diceritakan. Dulu, ana ialah tempat orang menabur fitnah, tempat orang melempar kata cacian, tempat lelaki jadikan barang mainan. Satu ayat yang dilempar pada ana yang tak boleh lupa sampai sekarang, "Kau ni setan bertopengkan manusia". Astaghfirullah. Kalau ana cerita lebih dahsyat lagi dari itu cuma ana ni jenis tak suka sangat bercerita dan bercakap banyak so prefer memendam daripada bercerita. 

Itulah roda kehidupan ana setakat ini. Biarlah zaman jahiliyah ana antara ana dengan Pencipta sahaja. Ana hanya mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman lalu. Bermacam jenis orang ana kenal daripada lelaki biseksual suami curang majikan muka dua talam lelaki clubbing bohsia semua lah. Pengalaman sebenarnya banyak mengajar ana berfikiran matang terutamanya dalam memilih kawan lagi-lagi lelaki. Fuhh. Lelaki ni macam-macam perangai ada wokeh. Be careful hawa :')

"Allah akan menutup aib kamu seandainya kamu menutup aib orang lain."


Syukran jazilan kepada sahabat twitter, instagram yang menggunakan laman sosial ini sebagai aktiviti dakwah. Salute! Dakwah mereka banyak memberi ana kesedaran lalu Allah lah yang menggerakkan hati ana. Alhamdulllah. 

Ehemm. Ana tak pernah rasa ana kuat untuk terus istiqamah. Terlalu takut jika jatuh terkandas lagi ke lembah syaitan. Takut sangat. Memandangkan ini seruan Allah kali kedua buat diri ana, apa pun terjadi ana tetap nak mempertahankan Islam dalam diri ana. Hanya doa orang sekeliling yang ana pinta. In sha Allah.

P/s : Hidayah milik Allah. Bukan milik sesiapa. Allah akan memberinya kepada orang yang dikehendakinya. Berdoalah agar diberi petunjuk dan hidayah. Semoga sentiasa istiqamah dalam menggapai kasih sayang dan redha Allah SWT. Amin ya Robbaalamin.


Jika Allah selalu bersamamu,maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya,jika Allah menjadi musuhmu,maka kepada siapa engkau akan berharap?

- melati ketiga -



Bismillahirrahmanirrahim and Welcome 2014


Tiada ucapan seindah ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur kita kepada Ilahi. Walau dosa sebanyak buih di lautan, Allah masih meminjamkan udara untuk kita bernafas supaya kita kembali bertaubat kepadaNya. Kembali lah ke jalan Allah sebelum terlambat wahai sahabat sesungguhnya malaikat Izrail itu tidak pernah cepat atau lewat sesaat untuk menarik nyawa kita. Allahu. Pengakhiran yang bagaimanakah kita dambakan? Syurga atau neraka jahanam? Ana dambakan Jannatul Firdausi. Selagi belum sampai masa selagi itu lah Allah menunggu hamba-hambaNya datang meminta ampunan dosa sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Ana dipilih untuk berada di taman syurga ketika semua sedang bergembira menyambut ambang tahun baru 2014. 'Taman syurga' itu adalah di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Ketika di sana ana tidak sedar langsung sudah masuknya tahun baru kerana mereka di situ terlalu ligat mengingati Allah SWT dan terlalu merindui Rasulullah SAW. Pssstt nanti ana cerita detail lagi tentang pondok itu ya :')

Ana bukanlah seorang hamba yang hebat dalam ilmu agama Islam bahkan baru bertatih mendalami ilmu agama Islam. Sudah pasti ana dilahirkan dengan title beragama 'Islam' tapi setakat title yang tersemat di IC tapi bukan di hati nak buat apa kan. ( Sesiapa terasa tu Alhamdulillah kerana itu menandakan masih ada iman dalam diri)

P/s : Penghijrahan dari sesuatu kejahilan itu pahit jalannya. Sungguh. Kerana apa? Kerana masa itu Allah mahu menguji keimanan dalam diri kita. Sabarlah wahai hati. Sesungguhnya Allah sudahpun menyediakan ganjaran nikmat yang tidak dapat kita bayangkan. Kalau bukan di dunia ini mungkin di syurga nanti. Yakinlah dengan kata-kata Allah.


Wallahualam.