Sunday, 19 October 2014

3 Golongan Manusia Yang Membuat Amal Atau Kebaikan Untuk Menunjuk Kepada Manusia







Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. 


"Pada hari kiamat orang pertama yang akan dibuat keputusan azab ke atas mereka ialah orang yang mati syahid.
Orang itu dibawa dihadapan Allah kemudian diperingatkan tentang nikmat-nikmat yang telah diberi oleh Allah dan dia mengakui nikmat itu.
Kemudian Allah bertanya bagaimana kamu telah mempergunakan nikmat itu? Dia menjawab : "Aku berjihad demi keredhaanmu sehingga aku mati syahid."
Allah berkata : " Kamu dusta, kamu berjihad hanya supaya digelar pahlawan dan kamu telah memperolehinya."
Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik dan dihumban ke dalam nereka jahanam.



Orang kedua itu mempelajari ilmu lalu diajarkan kepada orang lain dan dia juga membaca Qur'an.
Orang itu akan dibawa dihadapan Allah kemudian diperingatkan tentang nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh Allah dan dia mengakui nikmat itu.
Kemudian Allah bertanya bagaimana kamu telah mempergunakan nikmat itu? Dia menjawab : "Aku mempelajari ilmu agama dan mengajarkannya kepada orang lain dan aku juga membaca Al-Qur'an keranaMu."
Allah berkata : " Kamu dusta, kamu mempelajari ilmu agama supaya dikatakan orang sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Qur'an supaya dikatakan orang lain sebagai qari."
Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik dan dihumban ke dalam nereka jahanam.



Ketiga ialah orang yang diberi nikmat dunia yang melimpah ruah dan harta yang banyak.
Orang itu dibawa dihadapan Allah kemudian diperingatkan tentang nikmat-nikmat yang telah diberi oleh Allah dan dia mengakui nikmat itu.
Kemudian Allah bertanya bagaimana kamu telah mempergunakan nikmat itu? Dia menjawab : "Saya membelanjakan harta yang kau beri dijalan yang engkau suka dan hanya semata-mata keranaMu."
Allah berkata : " Kamu dusta, kamu melakukan itu semua hanya supaya dikatakan kamu sebagai dermawan."
Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik dan dihumban ke dalam nereka jahanam.

(HR Muslim)




Monday, 25 August 2014

Sifat-sifat Pakaian Wanita Islam



Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Secara ringkasnya, berikut ini ialah sifat-sifat pakaian wanita dalam Islam, sebagaimana yang dapat diambil kesimpulan dan isyarat-isyaratnya daripada Quran, Hadith dan ajaran para Ulamak dan Hukama' Islam :

  1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
  2. Pakaian itu tidak terlalu tipis sehingga tampak terbayang-bayang tubuh badan dari luar.
  3. Pakaian itu tidak sempit atau ketat, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki.
  4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya. ( Ini terutamanya pakaian luar, seperti jilbab atau abaya. Menurut Ibn Kathir, di dalam Tafsirnya, pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi SAW ketika mereka keluar rumah, berwarna hitam).
  5. Pakaian itu tiada sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bau yang harum, demikian juga tubuh badan perempuan itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah, sehingga lelaki mencium baunya, disifatkan oleh Rasulullah SAW, sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
  6. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian lelaki, yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.
  7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.
  8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian bermegah-megah, untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias.


Wanita di Tanah Arab pada zaman Jahiliyyah dahulu mendedahkan aurat mereka lebih kurang seperti wanita moden. Ada di antara mereka yang berkelubung menutup kepala dan belakang leher, tetapi mendedahkan muka, depan leher dan dada.

Hukum aurat dan hijab itu ialah untuk memelihara kesuciaan dan kemuliaan wanita, dan bukannya untuk menghina dan menyeksa mereka. Semoga Allah mengurniakan kita taufik, hidayah, 'inayah, kekuatan dan keikhlasan untuk mengamalkan perintahNya. Allahumma amin.



Waspadalah terhadap kerosakan Zaman, dan himpunlah anak-anakmu erat ke dadamu nan bidang --- anak-anak burung padang rumput ini yang belum tumbuh bulu untuk terbang, telah jatuh jauh dari sangkarnya yang hangat nyaman.

Tinggi, tinggi, keinginan yang bergelut dengan dirimu!
Teladan sempurna, Fatimah 'afifah itu,
Meskipun sekalian makhluk menta'ati suruhannya,
namun ia meneggelamkan iradatnya dalam keridhaan suaminya yang soleh.
Terdidik tabah dan rendah hati,
Sedang bibirnya mentilawah Kitab Suci, ia memutar kisaran gandum di rumahnya.....
Insaflah sentiasa akan tauladanmu, Fatimah,
Agar dahanmu akan membuahkab Husain yang baharu,
Tamansari kita berkembang mekar dengan Zaman Kencana.

// Antara rangkap petikan syair daripada 'Allamah Muhammad Iqbal (r.a) dengan syairnya yang bertajuk Remuzi-Bekhudi (Rahsia-rahsia Kelenyapan diri) yang ditulisnya dalam bahasa Farsi.//





Kitab Hijab
Wan Muhammad bin Wan Muhammad 'Ali
Pasir Mas, Kelantan


Wednesday, 6 August 2014

Isu Purdah



Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh.

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan, yang berkuasa menjadikan sesuatu, yang menciptakan makhluk dimuka bumi ini dan yang Maha Mengetahui setiap sesuatu, walau hanya sekeping daun yang jatuh di tengah hutan tebal. Alhamdulillah masih berbaki sisa-sisa nafas yang tidak diketahui tarikh tamatnya, yang tidak diketahui bagaimana penamatnya, Allahurabbi. Tiada pilihan yang lain selain yang 2 ini ; Syurga atau Neraka. 

Apa yang ana mahu kongsi ni hanya PENGALAMAN. Tiada kaitan dengan sesiapa. Tiada niat mahu condemn/bash sesiapa. Ini bukannya tempat untuk berlawan siapa salah siapa benar. Bukan tempat untuk bercerita semata-mata demi melempiaskan nafsu amarah/benci/tidak puas hati. Dan bukan juga untuk mengaibkan mana-mana pihak. Mohon berlapang dada. 


Begitu pantas masa berlalu, sekarang sudah bulan Ogos bermakna benda ni sudah berlalu kira-kira 5 bulan yang lalu. So peratus untuk ana flashback apa yg berlaku agak rendah. Maklumlah memori tak cukup. Limited size chuolss.

Tempat ana sambung belajar ni tempat yang baru so students tak ramai. Batch ana pun sedikit sahaja. So apa-apa yang berlaku dalam kawasan Universiti memang sepantas kilat sampai ke pihak atasan. Termasuklah kes ana ni. Terus popular tau! Muahaha. Alhamdulillah ana berkesempatan pakai purdah selama 1++ bulan. Sekarang ni tak pakai. Kalau nak boleh, tapi terus naik tatatertib la cerita dia. Tak sanggup lah ana nak malukan nama family dan menghancurkan harapan family. Semua yang ana buat ana akan fikir orang lain sebelum diri sendiri. Kena kentalkan diri dan terus kuat. 

Scene ni berlaku dalam bilik mesyuarat pegawai *tetttttttt. Orang-orang penting semua ada duduk sebaris. Ana dengan kawan dan senior 4 orang duduk sebaris menghadap mereka. Mereka tu ada lah dalam 10 orang. Ha amekkaw. Nebes tauuuuu. Tapi muka acah acah selamber cool aaaaa. Hiks.

Masa tu kitaorg still pakai purdah. Dan sebelum benda ni berlaku kitaorg dah meet up dan bincang. Bersama-sama dengan kawan Persatuan Islam. Alhamdulillah ada seorang kakak senior ni dia transit dari Shah Alam dan dia bebas pakai purdah di situ. So banyak benda lah dia cerita. Yang ana terkejut walaupun kitaorg dah sign up as ahli persatuan tu, kitaorg tetap under observation. Mereka tu pulak suruh kawan kitaorg perhatikan kitaorg. Adui. Silap besar aaaa suruh kawan perhati kawan. Sampai hati tau. Kitaorg ni nak tolong persatuan tapi terikat macam banduan. Sobs.

Masa dalam bilik mesyuarat tu mula-mula introduce diri. Sorang-sorang kena buka purdah bila nak bercakap. Sampai turn ana no 3, ana tetap berkeras tak nak buka. So skip ana kejap and then semua dah buka purdah. Kira ana last sekali yang buka sebab paling degil dan paling lantang. Wakaka. Disebabkan pegawai undang-undang sudah mengemukan bab undang-undang dan kes-kes tertentu so ana buka lah secara terpaksa. Setiap seorang daripada mereka ada memegang kertas salinan maklumat peribadi kitaorg. Bermula lah sesi soal jawab.. Jeng jeng jeng!

Bab soal jawab ni tak nak cerita panjang lebar. Just apa yang ana perasan, at first mereka tanya soalan elok-elok ja. Latar belakang family, pengalaman belajar di mana-mana pondok, etc. Bila dah lama-lama, mereka mula buka cerita pasal ajaran sesat macam Syiah, pasal tabligh dan juga tareqat. Before that, kami ni disuruh cerita bagaimana cerita penghijrahan kami. Oh no way man! Kawan yang lain semua cerita dan ada yang menangis tapi ana memang tak lerr. 'Berhati-hati dengan siapa anda berkongsi cerita dan rahsia'. That's me!

Walau ana berbahas dengan ayat Al Quran mereka tetap tak kasi chance. Pak Ustaz juga membantah kami dengan mengemukakan beberapa potong hadis. Huhh. Yang paling ana tertarik bila mereka tanya soalan, "Ada join mana-mana kumpulan tareqat?". Semua diammmm. Then ana pun angkat tangan tanda ya! Walhal ana tak ada lah join setiap minggu pergi tempat dia cuma ada sekali sahaja. Sebenarnya saja ja nak test mereka sebab ana nak tahu apa sebenarnya yang mereka nak cakapkan. After that, ana tanya macam-macam soalan pasal tareqat dekat Pak Ustaz. Muahaha. Saja je nak test. Lepastu Pak Ustaz boleh pula kata tabligh tu ada yg tak betui. Waduhh gi mana sehh. Ana diam dan dengar sahaja tapi muka haruslah seperti penuh minat mendengar ceramah daripada Pak tersebut. Ekekeke. Anyway itu pendapat beliau dan ana respect beliau no matter what sebab dah title Ustaz muda kan. Katanya sudah belajar di sebelah Middle East 4 tahun. Ana ni apa je ilmunya berbanding dengan pak Ustaz. 

At the end, nak atau tidak, kami terpaksa menanggalkan purdah. Alasannya, mereka risau dan mengambil langkah berjaga-jaga daripada berlakunya kes kecurian dalam kawasan Universiti. Tup tup after a few months. berlaku kes kecurian yang agak besar. Allahu.. Bukan nak cakap apa la, curi mencuri semua ni tidak akan berlaku tanpa izin dan kehendakNya. Mungkin juga kerana silap manusia sendiri kerana tidak letak sepenuh pergantungan serta kepercayaan kepadaNya. Wahai tuan puan sekalian, sesungguhnya kami memakai purdah bukanlah untuk mencuri dan menyamar. Sekian ^^

Baik! Setakat itu sahaja kot yang ana boleh share. Cuma waktu sekarang, apa yang ana dan kawan perasan, kitaorg still under pengawasan dan kaunselor ada juga nak follow up but ana buat dek je. Haha. Setakat ini semua benda yang kitaorg apply untuk aktiviti di Universiti semua ditolak. Musykil juga sebab nak kata tak penuhi kriteria tu rasanya dah penuhi. Sedangan Koordinator pun kata kitaorg layak dapat. Allahu'alam. Terpulanglah. Teruskan memBOIKOT. Kitaorg hanya berpegang pada janji Dia. InshaAllah suatu hari Dia pasti membuka pintu hati anda, anda dan anda.

P/s : Niat dan tujuan ana hanya satu waktu itu ; Ingin mengemukakan peraturan baru iaitu semua pelajar wanita Muslim wajib bertudung dan memelihara aurat. Alhamdulillah sampai juga hajat itu kepada mereka tetapi respons mereka sangat mengecewakan. Apa yang mereka kata, "Kami kena ikut orang atas. Kalau orang atas tak laksanakan kami tetap tak boleh buat apa. Kami bersyukur orang atasan tetap memberi peluang kami untuk berhijab." Pehh. Hancur luluh hati mendengarnya. Bilamana manusia lebih taat kepada orang atasan berbanding taat kepada Tuhannya. Allahurabbi. Itulah hakikat dunia. Manusia sanggup ingkar perintahNya kerana takut dipecat kerja, tidak diberi gaji dan lain lain. Sedangkan yang memberi rezeki itu siapa kalau bukan Allah SWT. Macam ini lah tuan puan sekalian, jika pemimpinnya benar maka seluruh rakyatnya akan benar. Konsep ini seharusnya digunakan. Kenapa perlu tunggu orang bawah yang memulakan jika orang atas berkemampuan untuk memulakan sesuatu? Sampai bila? Kiamat? Selain itu, mereka juga ada tugaskan kami untuk membimbing rakan-rakan, jadi naqibah lah aper. But at the end mereka terus senyap malah kitaorg dipanggil kaunselor. Sebenarnya dari dalam meeting room lagi ana tahu apa yg dicakapkan oleh mereka hanya kiasan. Mulut berkata manis. Ermmm. Tidak mengapalah wahai tuan wahai puan. :')




Antara wasiat Imam Hasan Al Banna ;

"Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya." 





Wednesday, 16 April 2014

Dear hawa




Assalamualaikum warahmatullah.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah masih diberi kudrat untuk menulis. Syukur ya Allah kerana masih menghidupkan hambaMu yang hina ini. Setiap apa yang kita gerakkan ni semua datang dari kuasa Dia termasuk hati. Sama ada hati tergerak ke arah kebaikan atau kejahatan, nilailah sendiri. Moga yang baik-baik sahaja. 

Ramai yang pura-pura tidak tahu. Pura-pura tidak ambil kisah. Nak berpura-pura depan manusia itu di luar kawalan ana. Tapi dengan berani kamu berpura-pura depan Allah? Jujur ana tidak boleh terima. Jenaka jenis apakah ini? Bila wuduk tidak sah maka apa yang tinggal dengan solat mu? Tolong..janganlah demi mekap kamu sanggup persendakan Tuhanmu. Tak salah rasanya cuci mekap dulu sebelum angkat wuduk. Allahu..jangan ambil mudah dan pandang remeh bab solat ya.

Senario ni sudah lama ana perasan. Memang terang-benderang lagi bersuluh lah kan kalau eyeliner still tertepek dekat eyelid tu masa angkat wuduk. Ada orang malas nak cuci mekap sebab nak 'rushing'. Ini antara orang yang solat bukan mendirikan solat. Ada beza tu. Astaghfirullah..Ada yang lebih penting lagi kah selain Tuhanmu? Yang memberi pinjam udara. Yang mengalirkan darah dalam badan. Yang mendegupkan jantung. Yang memberi mulut untuk bercakap, telinga untuk mendengar, mata untuk melihat. Masih ada yang lebih penting dari Sang Khaliq wahai Hawa sayang? 

Kita ni agama Islam. Bukan semua kita boleh main langgar. Macam makanan ada yang halal dan haram. Same goes to barang mekap. Mekap ni bermacam jenis. Waterproof, two-way cake foundation dll. Jadi carilah barang mekap yang senang dicuci untuk kita yang wajib solat 5 waktu sehari semalam ni. Ana dulu sama macam semua hawa malah lebih teruk sebab ana obses dengan barang mekap. 

Since habis spm mula datang minat pasal mekap-mekap sampailah last year. Ana boleh spend berjam-jam depan laptop tengok YouTube pasal tutorial mekap, top makeup brand in Korea, Korean skincare, how to makeup like Kim Kardashian dan macam-macam lagi lah. Bila pergi shopping complex then nampak kedai beauty skincare/makeup mulalah 'meroyan'. Seriously duit banyak habis dekat situ. Belum campur fashion pun nak up-to-date. Upss over pulok flashback nyer hehe. 

Dear hawa, nak mekap atau tidak itu terpulang tapi ana tak galakkan yee. Tapi tolong..janganlah masa solat pun sayang nak tanggalkan your 'precious' makeup tu. Berpada-pada lah. :) Ana tahu ada mekap yang mudah dan susah dicuci. Ada yang boleh cuci pakai air je dan ada yang kena cuci pakai wet-tissue/baby oil. Jadi pandai-pandai lah pilih. Ana tak berani nak recommend brand mekap apa yang senang dicuci, takut jatuh dosa pulok ehee.




Mengimbas kembali kata-kata mutiara daripada pak cik ni :

"Perempuan ni senang je tugasnya, senang je nak masuk Syurga. Jaga 4 perkara ni :

1. Jaga solat.
2. Puasa.
3. Memelihara kehormatan diri.
4. Memenuhi tuntutan suami. (bagi yang sudah berkahwin)

Lelaki yang banyak tanggungjawab, cari nafkah semua."

Ana sebenarnya main terjah je Madrasah Al-Muqarrabin dan Anak Yatim milik pak cik ni. On the way dari Jasin ternampak madrasah ni tepi Lebuhraya AMJ. Alhamdulillah kuat daya tarikan magnet diri ana dengan madrasah ni teheee..

Ana ada tanya, "Kenapa pak cik tak paparkan iklan untuk madrasah pak cik ni?". Simple je pak cik ni jawab, "Itu bukan Sunnah." MashaAllah! Jujur ana rasa tenang je tengok muka pak cik. Ada nur di wajahnya. Sampai dah balik dalam kereta pun still rasa bahagia dan tenang. Allahuakbar muka orang beriman. InshaAllah satu hari nanti nak datang jumpa pak cik lagi. Seronok! Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut beliau tersangatlah bernilai dan boleh buat hati rasa sebak. Moga Allah merahmati pak cik sekeluarga dan semua yang tinggal di madrasah itu. Allahumma amin!




Dear hawa, jagalah 4 perkara itu inshaAllah semua akan baik-baik sahaja. Nawaitu kerana Allah. Allah lihat usaha kita walau sekecil mana. Berusahalah ke arah yang lebih baik sesungguhNya yang kita cari itu redha Allah SWT bukan redha manusia. Ingatlah, dunia ini sementara dan yang kekal itu alam akhirat. Satu lagi ana nak pesan, akhir zaman ini manusia yang lahir lemah-lemah belaka jadi duduklah secara berjemaah jika mahu memelihara dan menambah kekuatan iman. Carilah ilmu bersama-sama. Hadirilah majlis ilmu bersama-sama. Solat berjemaah. Baca Al-Quran berjemaah. InshaAllah we can be stronger day by day. :))




Friday, 7 March 2014

Tempat baru, orang baru dan segalanya baru




Assalamualaikum warahmatullah.

Kali ini nak cerita santai sikit memandangkan previous posts ana semua macam “ekeleh yang engko serius sangat apedehal”. LOL

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan ana hadir sama-sama dalam Minggu Pemantapan Siswa (MPS) dengan mudah dan berjaya. Dengan itu secara rasminya ana sudah pun bergelar pelajar sepenuh masa sarjana muda sains komputer (kepujian) pengkomputeran multimedia. Ana start semester 3 terus so inshaAllah 2 atau 2 ½ tahun tamat tempoh pengajian. Doakan ana grad on time dan berjaya dapat ANC (Anugerah Naib Canselor). Awal-awal semester ni haruslah confident dan bercita-cita tinggi kennn. Herher



Sepanjang MPS ana suka perhati ‘peel’ semua orang. Alhamdulillah mostly semua okay. Baik je sopan-santun dan suka senyum. Sangat berbeza masa MDS diploma dulu. Bukan niat ana nak burukkan sesiapa tapi sejujurnya dari segi pemakaian sampailah cara berkomunikasi students dekat tempa ana sekarang lebih baik daripada masa diploma dulu. Tak sure la sebab apa. Mungkin sebab masing-masing dah 20-an atau memang kos ana budak dia nerd sikit. Wallahualam..tapi yang penting ramai budak utara Kedah, Ganu, Penang semua. Orang Kedah toksah cakap ramah giler sampai ana terharu sebab dia jalan dekat cafe pun nak pimpin tangan ana padahal baru sehari kenal hehe sila jeles much :P

Mata ana selalu melirik ke arah fashionista. Ada la dalam 3-4 orang. Sikit kan? Dah cakap semua nerd tak percaya lol. Ana pandang mereka bukan bermaksud ana suka tapi rasa macam mengimbas diri ana yang dulu. Ana langsung tak pandang mereka dengan rasa marah atau tak suka dengan pemakaian mereka sebab ana pernah melalui zaman itu. Cukup doakan mereka. Itu lebih baik. Ana faham bila muka dah cantik, badan pun slim dan pakai pakaian branded mesti timbul satu perasaan ‘ingin menarik perhatian orang especially lelaki’. Sebenarnya fashionista ni bukan niat utamanya  nak menunjuk atau bangga tetapi lebih kepada suka nampak cantik dan bergaya kerana jiwa mereka sudah sebati dengan gaya macam itu sejak kecil lagi. Sama macam ana. Honestly ana kalau tengok fashionista ana suka pandang brand bag,kasut dia dan lain-lain. Sebagai contoh, ada student perempuan ni pakai baju kurung yang pada mata ana nampak cantik dan agak mahal serta kualiti then selepas itu ana tengok beg galas belakang yang dia pakai jenama Kipling. Okay start dari situ dalam kepala ana dah cop “Ahh ni orang kaya dan orang bandar”. Sebab ana tau beg jenama tu mahal even design dia sama macam beg biasa. Ada dekat klcc je ana baru jumpa. Ana tak tahu la nak buang perangai tu macam mana lagi sebab daripada dulu lebih tertarik dengan barang branded. Sekarang dalam proses melenyapkan semua itu dan menjauhkan diri daripada mengambil tahu hal-hal sebegitu kerana benda tu boleh buat kita kagum dengan dunia yang tiada nilai harga di mata penghuni syurga. Tengah try ni huh sedihhhh…

Bagi diri ana yang paling susah nak ubah is pemakaian. Bila duduk rumah cuti lama memang confident pakai jubah tudung labuh niqab semua hitam tapi seriously bila masuk U ni Allah..sangat mencabar bagi ana. Tak tahu lah banyak sangat syaitanirrajim agaknya. Itu ujian untuk ana. Ana sendiri kena bisikkan kekuatan untuk terus kuat  istiqamah. Dugaan lain pula dilarang berpurdah. Ana akur dengan  peraturan itu tapi kadang-kadang  nak menitis air mata kerana rindukan nak berniqab . Rindu teramat. Sebab bagi  ana bila ana berniqab ana akan rasa jasad lebih dekat dengan Rasulullah SAW. Isteri-isteri baginda kan begitu pemakaiannya jadi  walaupun baginda sudah lama wafat, ayat ni selalu terlintas dalam fikiran ana “Alangkah indahnya bertuahnya perempuan yang telah Allah pilih untuk menjadi isteri baginda dan betapa nikmatnya jika ana salah seorang daripadanya”. Siapa taknak bukan? Allahurobbi bestnya MashaAllah.. Kadang-kadang rasa cinta dalam hati lebih bermakna jika dizahirkan bagi sesetengah perkara.

Allright setakat itu je ana nak share. Benda yang paling ana selalu bayangkan masa taklimat dan aktiviti dalam auditorium adalah semua perempuan berjubah hitam berpurdah dan lelaki pula berjubah putih berserban. Kuat sangat imaginasi sampai meleleh jugak air mata sebab ana sedar tempat yang ana duduk sekarang bukannya pondok/madrasah so nak taknak kena telan jugak. Ana yakin pasti ada sebab mengapa Allah letak ana di sini di mana ujiannya agak besar. Student nya bukan seperti di UIA apatah lagi Mesir sana. InshaAllah..doakan ana selalu yaa. I will do my best and Allah will do the rest. La Tahzan Innallaha Ma’ana.

Sila tegur ana juga jika terlajak leka dengan duniawi. Ana cuma remaja sama macam kalian tapi mungkin berbeza tujuan hidup kerana tujuan hidup ana adalah ingin mencapai redha Allah Ta’ala untuk bersama-sama duduk disamping baginda Rasulullah SAW di Syurga kelak. Allahumma amin. And that’s why ana pendambaSyurga. InshaAllah..


“Sungguh aku tak kuat tapi aku kena kuat kerana ALLAH. “




Tuesday, 25 February 2014

Darjat wanita disisi Allah Tabaraka Wa Taala






Assalamualaikum warahmatullah.

Kata Hukama' Islam :

Wanita tiang negara ; apabila ia rosak, maka rosaklah negara, dan apabila ia salih, maka salihlah negara.

Pada akhir zaman ini kita dapat lihat penglibatan wanita dalam pelbagai bidang seperti bidang politik. Kebanyakan manusia beranggapan bahawa penglibatan akif wanita seperti ini adalah antara bukti kemajuan sesebuah negara. Hakikatnya, TIDAK. Malah semua ini adalah tanda sesuatu tamadun itu sudah sampai usia tuanya.

Sabda Rasulullah SAW, ertinya :

"Celakalah lelaki yang menjadi hamba kepada isterinya. Yakni yang mentaati isterinya atau mengangkat isterinya menjadi pemimpin dalam rumahtangga. Demikian pula sebuah masyarakat atau sesuatu kaum, apabila mereka mentaati perempuan-perempuan atau mengangkat perempuan-perempuan mereka, maka mereka tidak akan mencapai falah. Falah ertimya kemenangan/kejayaan/kebahagiaan.


Sudah cukup jelas bukan bahawa wanita adalah makhluk yang diciptakan Allah untuk berada di bawah pemerintahan lelaki walaupun ramai wanita intelektual yang lahir pada hari ini. Pesan ana, jangan melawan fitrah takut-takut Allah murka. Okay cuba fikir, kenapa seorang isteri wajib mentaati perintah suaminya? Jawapannya mudah, FITRAH. Memang fitrah Allah jadikan isteri itu akan menuruti kata-kata suami. Yang timbul isu isteri derhaka ini semua mereka melawan fitrah. Tahu apa yang membuatkan kita senang lawan fitrah? HAWA NAFSU. Jangan jadikan hawa nafsu kita kenderaan untuk berjalan di atas muka bumi ni kerana 'driver'nya setan-setan. 

Okay back to tujuan sebenarnya ana nak share kisah Fatimah Az Zahra yang ana pernah mention di Twitter sebelum ni ehee ter'bebel' intro panjang pulak. Wink!

Kisah ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah (RA). Kisah ini memberi gambaran kehidupan seorang wanita salih, puteri kepada junjungan Rasulullah SAW. Kisah ini ada disebutkan di dalam kitab Shaykh Muhammad Nawawiyy Al-Bantaniyy.

**ini ringkasan yang ana telah buat**

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bertemu anakandanya, Fatimah Az-Zahra (RA). Didapatinya anakandanya sedang menangis lalu Rasulullah SAW bertanya mengapa menangis lalu anakandanya menjawab, "Kerja rumahtangga ini lah yang menyebabkan anakanda menangis" kemudian anakandanya meminta untuk membelikan anak-anak seorang jariah untuk menolongnya membuat kerja-kerja rumah. Selepas itu Rasulullah SAW berkata (nasihat) kepada anakandanya. Antaranya :

- Barangmana perempuan yang mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya maka Allah tuliskan baginya dengan tiap-tiap biji gandum yang dikisarnya, suatu kebajikan dan mengangkat baginya suatu darjat.
- Barangmana perempuan yang berpeluh ketika ia mengisar untuk suaminya maka Allah menjadikan antaranya dan neraka tujuh buah parit.
- Barangmana perempuan yang meminyakkan rambut anak-anaknya dan menyikat rambut mereka, dan membasuh pakaian mereka maka Allah catatkan baginya ganjaran orang yang memberi makan kepada 1000 orang yang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang bertelanjang.
- Apabila seorang perempuan itu mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya dan Allah catatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan daripadanya seribu kejahatan.
- Apabila ia mula sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang Sabil.
- Apabila ia melahirkan anak, maka keluarlah ia daripada dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya meahirkannya.
- Barangmana perempuan yang mengkhidmati suaminya dalam sehari semalam  dengan baik hati dan ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosa-dosanya semua dan memakaikan Allah akan dia sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan baginya dengan tiap-tiap helai bulu atau rambut pada jasadnya seribu kebajikan dan mengurniakan Allah akan dia pahala seribu haji dan umrah.
- Barangmana perempuan yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya maka memberi minum Allah akan dia daripada sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratulmaut, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman darpada taman-taman syurga dan mencatatkan Allah baginya kelepasan daripada neraka dan selamatlah ia melintas atas Titisan Sirat Mustaqim.

MashaAllah Tabarakallah! Betapa Maha Pemurahnya Allah Taala kepada kita kaum wanita. Bukan satu kebaikan dibalas dengan satu pahala tapi berganda-ganda Allah balas ; tidak terjangkau dek pemikiran kita hambaNya yang serba hina ini. Ini pun bukan semua yang ana cerita dan masih ada lagi ilmu Allah yang tersebar luas di luar sana yang kita sendiri tidak tahu. 

Sejujurnya selepas ana tahu semua benda ni ana terus berazam tak mahu kerja, nak berkhidmat dalam rumahtangga untuk suami dan anak-anak. Tapi mentaliti masyarakat sekarang ni bila tahu kita tak kerja hanya surirumah, mula mengata sana sini. Pandang macam kita kelas bawahan, tak pandai, tak berjaya dan macam-macam lah. Walhal, wanita zaman Rasulullah mana ada keluar kejar sana sini untuk cari duit. Tanggungjawab tu semua digalas oleh suami mereka. Mereka hanya keluar jika dharurat sahaja. Bolej je hidup kan? :)

Lepas ana pasang azam macam tu, ada la terdengar kata-kata yang tak sedap didengar di telinga. Sebagai contoh, "jangan hampakan orang tua mu". Dah belajar sampai degree lepas itu tak kerja mesti orang pandang serong. Susah ana nak cakap, sesak dada ni rasa. Tak apa lah biar Allah yang handle masa hadapan kita. Semua sudah tertulis. Laksanakan tanggungjawab kita yang ada sekarang ini. Itu lebih penting. Tapi ana mengaku sebelum ni memang hajat di hati nak sambung study sampai master then kerja. Itu dulu. Jangan risau buat masa ni ana tak fikir pun masa depan macam mana, just follow the flow kata orang. Biar Allah sahaja yang tahu niat dalam hati kita masing-masing. Doa yang terbaik buat diri kita. InshaAllah.

Jika ana ada salah silap dalam memetik dan menyusun ayat hasil dari kitab tersebut, mohon tegur dan perbetulkan. Moga bermanfaat untuk semua. Amin ya Rabb.


Sumber rujukan : Kitab Al-Hijab 
Wan Muhammad bin Wan Muhammad 'Ali.
Pasir Mas, Kelantan. 




Thursday, 6 February 2014

Cinta Ilahi





Assalamualaikum warahmatullah.

"Lebih dari 50 tahun Hamka dan isterinya saling mendampingi, segala suka dan duka mereka hadapi berdua dari masa usia muda ketika menikah. Hamka berusia 19 tahun dan isterinya kala itu berusia 16 tahun. Keduanya dikurnia 12 orang anak.

Setelah isteri beliau wafat, Hamka lebih sering tinggal di rumah, jarang berpergian. Undangan ke luar kota pun tidak dapat ia penuhi."

Allahuakbar. Ini benda yang paling ana geruni. Iaitu cinta kita kepada manusia melebihi daripada cinta kita kepada Allah. Sungguh ana takut. Bila kita cinta pada manusia semestinya kebergantungan kita lebih kepada manusia berbanding Allah. Sedangkan bila kita bergayut di dahan cinta manusia bila-bila sahaja dahan itu boleh patah. Dengan kita kita sekali jatuh hanyut. Allahu. Moga dielakkan perkara sebegini.


" Struggle to gain the love of Allah"


Ana ada beberapa kisah yang mahu dikongsi bersama. Ini antara kisah yang berjaya menyentuh hati ana. :))

Kisah 1

Ada seorang lelaki ni dia terpaku melihat seorang perempuan yang cantik rupawan MashaAllah cantiknya bukan calang-calang dan terus lelaki ni jatuh hati. Selepas dari itu, hidup lelaki itu dibayangi dengan kecantikan perempuan itu. Masa tidur, masa makan dan setiap masa asyik teringat akan si cantik itu lalu dia berhasrat untuk melamar perempuan tersebut untuk dijadikan isteri. Selepas itu lelaki tersebut pergi menghampiri si cantik dan meluahkan hasrat hatinya. Lalu perempuan itu berkata, "Awak nak kahwin dengan saya boleh saya akan setuju tapi kena penuhi 1 syarat dahulu. Syaratnya adalah awak kena solat berjemaah di masjid ini selama 40 hari pada setiap waktu solat dan selepas tempoh itu berakhir saya berjanji akan mengahwini awak". Lalu lelaki itu pun setuju. Dia pun solat setiap waktu secara berjemaah di masjid itu tanpa tinggal 1 waktu pun. Pada hari ke 41, perempuan itu datang ke masjid untuk bertemu lelaki itu tapi malangnya lelaki itu tiada di situ. Selepas beberapa hari, baru perempuan itu tahu bahawa lelaki itu sudah tidak lagi suka padanya. Lelaki itu berkata, "Cintaku pada Allah sudah memalingkan aku daripadamu".

Kisah 2

Ini cerita Nabi Yusuf AS. Ada seorang perempuan bernama Siti Zulaikha. Beliau sangat meminati akan Nabi Yusuf AS dan teringin sekali ingin menjadi isteri kepada Nabi Yusuf AS. Pada suatu hari, Allah makbulkan permintaan Siti Zulaikha lalu bernikah lah mereka berdua. Malam pertama pernikahan mereka, Nabi Yusuf AS tunggu isterinya di dalam bilik. Lama Nabi Yusuf AS tunggu dan kemudian Siti Zulaikha pun masuk ke dalam bilik tanpa melihat sedikit pun wajah Nabi Yusuf AS lalu Siti Zulaikha membentangkan sejadah seterusnya mengerjakan solat dalam jangka masa yang sangat panjang. Nabi Yusuf AS naik hairan kenapa isterinya solat terlalu lama lalu Nabi Yusuf AS bertanya kepada isterinya, "Kenapa kamu solat begitu lama dan tidak langsung memandang ke arahku sedangkan sebelum ini kau tergila-gila akan aku?". Siti Zulaikha menjawab, "Barangsiapa dapat kasih Allah, tiada kasih lain."


Allahuakbar! Hebat kan bila kita cinta pada Allah. Dunia dan manusia seisinya seakan tiada nilai. Kita akan rasa cukup bila ada Allah dalam hati. Bak kata sahabat ana, 'Mengejar manusia kita akan lelah. Mengejar Allah kita takkan rebah'. MasyaAllah Tabarakallah! Pupuklah rasa cinta kepada Allah melalui rasa kasih kita kepada baginda Rasullullah SAW. Itu antara caranya. InshaAllah boleh :)) Buang cinta manusia jauh-jauh terutamanya kepada yang haram. Ya ana tahu benda ni sukar tapi tak mustahil. Gunakan doa sebagai senjata. Hadirkan diri ke taman syurga. Pelajari ilmu yang bermanfaat untuk Islam. Kurangkan aktiviti dunia, tambah aktiviti akhirat. InshaAllah.



- Sit with those who LOVES ALLAH for that enlightens the mind -
[Ummar Al Khatab] 





Tuesday, 28 January 2014

#catatanNur



Assalamualaikum warahmatullah.
02:10 am


Aku tahu.
Tika aku melangkah kaki jalan ke arah Mu.
Aku kena lepaskan apa yang aku ada.
Segala-galanya.

Kadang rasa sedih menerpa pabila ku sejenak menoleh ke belakang.
Banyak memori yang tercipta.
Memori manis bersama kalian.
Pasti akan ku bawa kemana-mana selagi hayat dikandung badan.

Aku tahu.
Aku mesti terus pandang ke hadapan tanpa rasa sesal.
Aku ingin meminta maaf andai ada yang menyinggung.

Tolong.
Izinkan aku mencari Nur.
Izinkan aku mencari Islam yang sebenar.
Izinkan aku menepati janji ku kepada Dia.
Janji yang sudah kita semua lafazkan sebelum jasad ditiup roh lagi.

Ampunkan aku.
Kerana tidak mampu berpatah ke belakang lagi.
InshaAllah doaku untuk teman sentiasa ada.
Moga ketemu kita di Syurga nanti.
Aku sayang rindu semua.

Syukurlah.
Kerana kamu dan kamu sebahagian dari takdir hidup ku.


- Kehidupan ini ada 3 detik. Sesaat yang sudah berlalu tidak dapat diubah lagi. Sesaat yang sedang kita lalui maka manfaatkan. Sesaat akan tiba yang belum pasti ditemui. [Imam Al Ghazali] - 




Saturday, 18 January 2014

Al-hubb





"Ya Allah, hadirkan cinta yang halal bagiku. Sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti. Jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia."


Kehadiran seseorang dalam hidup kita boleh jadi rezeki atau ujian. Sama ada ianya rezeki atau ujian hanya Allah yang mengetahui kejadian di sebaliknya. Semua orang ada kisah cinta masing-masing. Ada yang berkekalan hingga ke akhir hayat, ada yang hanya berhenti separuh jalan dan macam-macam lagi. Kalau cerita bab cinta memang semua orang akan tertarik sebab cinta ini satu anugerah dari Allah Taala. Anugerah yang terindah :')

Bagi yang bercinta tanpa ambil kira batas dan hukum dalam Islam mungkin mereka rasa indah seronok bahagia. Happily ever after ler kononnya. Ceit! Tapi bagi yang bercinta dengan cara pergaulan yang ditetapkan dalam Islam mesti akan merasa sebaliknya.

Semua orang yang ingin memelihara dirinya daripada maksiat pasti memilih bercinta selepas nikah. Tapi Allah is the best planner right so ada juga yang ditakdirkan bercinta sebelum nikah walaupun bukan hajat di hati ingin sebegitu. Jangan pula disalahkan takdir. Mungkin ada sebab kenapa Allah beri kita rasa cinta itu sebelum nikah lagi. Mungkin Dia mahu kita berkenalan dahulu. Saling mengambil berat dan tahu serba serbi kelemahan/kelebihan si dia. Bagi ana, cinta itu tidak akan lahir tanpa rasa sayang. Mula-mula sekali mesti sayang. Selepas itu baru akan timbul rasa cinta.

Situasi

Pengalaman pertama apabila timbul rasa sayang pada si dia yang tak pernah kenal, tak pernah bersua muka. Dengar suara pun tak pernah. Hanya mesej yang menghubungkan kami. Dan juga DOA :') Perkenalan sebegini sangatlah berisiko besar. Dan sangat menyeksakan sebenarnya. Siapa yang berani je sanggup. Sebab banyak benda yang tak dijangka boleh jadi. Hubungan macamni akan banyak membuatkan kita berfikir daripada bertindak. Fikir dan fikir sampai penat otak iolss. Last-last serah pada Allah je. Dia lagi Maha Mengetahui segalanya. Lagi-lagi dapat pulak yang dua dua suka memendam. Hamekkaw! Tapi best tau berkenalan cara macamni sebab boleh control ourself daripada melebih-lebih. Takdelah angau sampai eksiden basikal. Hiks. 


Manusia itu punya satu hati dan dalam hati mereka hanya boleh simpan SATUUUU saja cinta. ( Ya Allah fill my heart with Your love). Ingat molek yaa, dalam hati kita letaklah Allah SWT sebagai cinta kita yang satu kerana Dia yang paling layak bertakhta di hati. Whyyy? Kerana kita dicipta oleh Dia dan kepada Dia jua lah kita kembali :') Dan cintailah yang lain kerana Allah. In sha Allah berkekalan hingga ke syurga. Takkan nak cinta sampai akhir hayat je kan? Mesti nak jumpa dan bercinta lagi dan lagi di syurga kelak. Allahumma amin!


" Dalam DIAM aku terus mendoakanmu. Semoga Tuhan sampaikan isi hati ini melalui DOA yang 'khas' kutitipkan buatmu, dengan caraNya yang terindah..."


P/s : Jangan biar cinta yang mengawal kita. Takut nanti kita tenggelam dalam lembah kemaksiatan. Saling mengingati batas-batas pergaulan yang sebenar dan cepat-cepat tawennnn in sha Allah hidup dan cinta kita akan sentiasa diberkati Allah SWT.



A Husband said to his wife :
50,000 years before the sky was introduced to the sea, Allah Azza Wa Jall wrote your name next to me.









Wednesday, 15 January 2014

Kekasih





Andai sahaja Rasullullah masih ada di atas muka bumi ini, pasti ana mahu berjalan di samping baginda. Andai sahaja Rasulullah masih hidup, pasti tiada siapa yang berani memperlekehkan sunnah mu ya Rasulullah. Ana yakin sunnah Rasulullah akan hidup mekar di sekeiling dunia.

Kata ustazah Rozimah :

"Akhir zaman nak menghidupkan sunnah Rasulullah itu seperti menggenggam bara api."

At first bila ana dengar ustazah cakap macam ini dalam hati terdetik "mesti susah kan". Tapi masa tu tak dapat hayati erti menggenggam bara api lagi. Lama kelamaan lagi-lagi lepas maulid Nabi ni ana dah mula hayati sedikit demi sedikit macam mana rasanya. Allahurobbi. Ana masih terasa sakitnya sampai saat ini. Sangat sangat sakit. 


Sebab tu ana cakap andai Rasullullah ada dekat sini, mesti semua akan ikut sunnah baginda. Mesti tiada siapa nak marah kita nak ejek kita nak gelakkan kita bila kita buat sunnah Nabi. Tapi bila ana rasa down sangat-sangat ana akan ingat balik apa yang ustazah cakap, "kalau aku genggam bara api itu mesti sakit sangat melecur tangan. Ini baru remuk hati dah sedih sangat pasaipaa syera?! Chillex lah. Kata sayang Rasulullah."

Sebenarnya ana nak share satu video ni yang ana jumpa di Facebook tapi sedih tak jumpa pun dekat Youtube. Tak ada rezeki mungkin. In sha Allah kalau ana jumpa ana akan share di blog ni yee. I cried so hard tauuu bila tengok video tu. 

Kadang-kadang kita ni selalu menangis kerana manusia. Tapi tak pernah nangis sebab Rasulullah kan. Cuba muhasabah diri balik. Bila kali terakhir kita menangis teresak-esak sebab rindukan Rasulullah? Bila kali terakhir kita belajar sirah baginda? Bila kali terakhir kita selawat ke atas baginda? Allahu Allah. Bila Rasulullah hidup dalam hati kita pasti kita akan merasa rindu serindunya dan berharap sekali ingin bertemu dengan baginda.

Moga kita semua akan mendapat syafaat baginda pada hari akhirat kelak. Allahumma amin. Lets selawat,

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala aali sayyidina Muhammad...



P/s : "Barangsiapa yang berselawat kepadaku dipagi hari 10 kali dan dipetang hari 10 kali, maka dia akan mendapatkan syafaatku di hari kiamat." (HR. Tabrani)





Saturday, 11 January 2014

#catatanNur




Assalamualaikum warahmatullah.
01:30 am

Sudah berkali aku menahan langkah dari pergi menegur sapa sahabat sendiri.
Terasa berat kaki ini pabila ingin mendekatimu apatah lagi menyapamu.
Aku melihat kamu begitu sempurna bertutup litup seperti bidadari syurga tenangnya aku melihatmu.
Sedangkan waktu itu aku hanyalah mangsa mainan tipu daya fesyen dunia yang hina dina ini.

Kini kau jauh nun di bumi sakura.
Semuanya sudah terlambat.
Andai sahaja aku cekalkan hati serta gagahkan langkah untuk menyapamu tempoh hari.
Ku pinta diberi peluang untuk bertemu denganmu sahabat.
Itu pun jika kau kenal lagi dan mahu mengaku aku yang hina ini sahabat mu.


P/s : "Selemah-lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari." [Saidina Ali]



- Sahabat ke NERAKA mudah DICARI..
Sahabat ke SYURGA sukar DITEMUI-




Thursday, 9 January 2014

Tentang hijab





Assalamualaikum warahmatullah.

Ramai yang berkata begini especially kaum adam :

"Tak semestinya yang berjubah berniqab itu baik dan tinggi imannya. Berhati hati lah."

#pendapatperibadi
Ana sebenarnya kurang setuju dengan mentaliti orang macam ini. Sebab apa? Sebab bukan mudah ya hawa mahu menutup litup seluruh tubuhnya daripada dijadikan tatapan orang sekeliling. Bukan mudah tandanya ada pahala yang Allah akan sediakan. In sha Allah.

Situasi 

Sedang seorang hawa yang berpakaian mengikut syariat Islam berjalan di klcc tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan seagamanya berjalan lenggok dengan pakaian terdedah sana sini lalu tercetus di hati hawa ini, "Ish aku kalau pakai macam tu pun lagi meletup uols cuma aku tutup kerana takut azab Allah lagipun aku nak jadi bidadari syurga. Takut ahh neraka."

-------------

Nampak tak gambarannya di situ? Semua hawa menutup aurat kerana mengikut perintah Allah SWT. Hati kami dikawal oleh iman bukan nafsu. Ana di sini bukan mahu menegakkan apa apa kebenaran kerana ana sendiri ada khilaf dan salah. Mungkin juga ana belum berpeluang bertemu dengan manusia yang hipokrit so mungkin ada di antara mereka sudah bertemu dan mempunyai pengalaman sendiri dan sebab itu mereka suruh berhati-hati. Wallahualam.

Bak kata Ustaz Kazim, "Masa solat perempuan kena pakai telekung kena pastikan tiada rambut terkeluar. Lelaki tak payah pun. Masa keluar perempuan kena pakai stokin la handsock semua. Lelaki tak payah susah susah keluar je macamtu. Sebab itu perempuan ni senang nak masuk syurga dan senang masuk neraka."

So, nak syurga jaga molek yaa. :')

By the way, ana sekarang tengah tunggu sahabat ana bawa balik kitab pasal hijab dari kelantan nun. Nanti ana study betul betul and in sha Allah kalau umur panjang ana akan share yee. Pasal berniqab pun ada. Kalau ana tak silap mazhab Syafie ni ada pegangan yang kuat dan lemah. Bila kita pegang yang kuat jadi automatik seluruh anggota badan hawa itu aurat. Thats why ada yang prefer berniqab. Wallahualam. Ana kena kaji study betul betul dulu sebab anak muda akhir zaman ni pandai belaka. Ihiks! Pandai berguru tak apa jangan pandai sendirian berhad sudah. In sha Allah.

P/s : Kalau tiada secebis kekuatan iman dalam diri hawa masakan dia bersusah payah membalut tubuh badannya melainkan kerana akur dengan perintah tuhannya.



- Sepotong roti kering dengan hati yang tenang lebih nikmat daripada sebaldi madu dengan hati penuh ketakutan. Sebuah beca yang tertutup daripada aib lebih baik daripada istana yang penuh dengan fitnah. -




Monday, 6 January 2014

#catatanNur


Assalamualaikum warahmatullah.
01:02 am

Masa silam, tolong pergi.
Masa silam, jangan ganggu hidupku lagi.
Masa silam, berhenti mengejarku. 
Masa silam, kau hanya titik hitam dan gelapku. 
Masa silam, kau banyak menconteng arang pada mukaku. 
Masa silam, tolong hilang dari pandangan dan ingatanku. 

Sudah penat hati ini menahan rasa benci. 
Sungguh ana tak  mahu sekelumit perasaan negatif pun hinggap dalam hati ana. Ana hanya mahu hati ini dibalut dengan kasih sayang Allah SWT, rasa cinta kepada kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW dan rasa rindu yang tiada henti pada Quran Al Karim. Ya Rabbe, jika ini hukumanku ana redha. Kerana ana lebih takut akan balasan api neraka jahannam.  


P/s : "....dan kepada Allah jualah hendak kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang yang beriman." (Surah Al-Maidah : Ayat 23)



- Seandainya tiada nyala api yang ada disebelahku.
 tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium-

- kalung ketiga -





Sunday, 5 January 2014

Hijrah



Assalamualaikum warahmatullah.

Serangkap ayat yang membuat ana tersentak bila membacanya :

"Dari tanah aku datang, pada tanah aku pulang. 
Dari bersih aku datang, mengapa kekotoron ku bawa pulang?"

sumber : twitter

MashaAllah mendalam kan ayat itu. Dari situ sedikit demi sedikit ana mula sedar kotornya diri ana selama hidup 20 tahun. Sangat kotor jijik busuk. Kalau dosa itu Allah cipta berbau busuk, tentu sekali tiada seorang makhluk manusia malah sekecil zarah makhluk di muka bumi ini ingin mendekati ana. Sungguh. 

Pertama sekali ana tinggalkan benda-benda couple ini sebab kadang-kadang maksiat ini penghalang utama hubungan kita dengan Pencipta. Ana tak nak cerita panjang bab ini tapi cukuplah untuk pengetahuan semua betapa pedih perit sakitnya waktu mula mula sekali kita hendak berhijrah. Dugaan bertubi-tubi. Allah akan beri seberat-berat ujian sampai suatu masa kita akan rasa apa yang wujud -- hanyalah aku dan Allah. Tiada orang lain. Tiada siapa di sisi kecuali Allah Taala. 

Kisah silam ana. Pheww. Pada sahabat ana yang sudah kenal lama dengan ana mungkin sedia maklum dengan cara pemakaian ana. Bila teringat rasa ya Allah berdosanya. Buruk sangat untuk diceritakan. Dulu, ana ialah tempat orang menabur fitnah, tempat orang melempar kata cacian, tempat lelaki jadikan barang mainan. Satu ayat yang dilempar pada ana yang tak boleh lupa sampai sekarang, "Kau ni setan bertopengkan manusia". Astaghfirullah. Kalau ana cerita lebih dahsyat lagi dari itu cuma ana ni jenis tak suka sangat bercerita dan bercakap banyak so prefer memendam daripada bercerita. 

Itulah roda kehidupan ana setakat ini. Biarlah zaman jahiliyah ana antara ana dengan Pencipta sahaja. Ana hanya mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman lalu. Bermacam jenis orang ana kenal daripada lelaki biseksual suami curang majikan muka dua talam lelaki clubbing bohsia semua lah. Pengalaman sebenarnya banyak mengajar ana berfikiran matang terutamanya dalam memilih kawan lagi-lagi lelaki. Fuhh. Lelaki ni macam-macam perangai ada wokeh. Be careful hawa :')

"Allah akan menutup aib kamu seandainya kamu menutup aib orang lain."


Syukran jazilan kepada sahabat twitter, instagram yang menggunakan laman sosial ini sebagai aktiviti dakwah. Salute! Dakwah mereka banyak memberi ana kesedaran lalu Allah lah yang menggerakkan hati ana. Alhamdulllah. 

Ehemm. Ana tak pernah rasa ana kuat untuk terus istiqamah. Terlalu takut jika jatuh terkandas lagi ke lembah syaitan. Takut sangat. Memandangkan ini seruan Allah kali kedua buat diri ana, apa pun terjadi ana tetap nak mempertahankan Islam dalam diri ana. Hanya doa orang sekeliling yang ana pinta. In sha Allah.

P/s : Hidayah milik Allah. Bukan milik sesiapa. Allah akan memberinya kepada orang yang dikehendakinya. Berdoalah agar diberi petunjuk dan hidayah. Semoga sentiasa istiqamah dalam menggapai kasih sayang dan redha Allah SWT. Amin ya Robbaalamin.


Jika Allah selalu bersamamu,maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya,jika Allah menjadi musuhmu,maka kepada siapa engkau akan berharap?

- melati ketiga -



Bismillahirrahmanirrahim and Welcome 2014


Tiada ucapan seindah ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur kita kepada Ilahi. Walau dosa sebanyak buih di lautan, Allah masih meminjamkan udara untuk kita bernafas supaya kita kembali bertaubat kepadaNya. Kembali lah ke jalan Allah sebelum terlambat wahai sahabat sesungguhnya malaikat Izrail itu tidak pernah cepat atau lewat sesaat untuk menarik nyawa kita. Allahu. Pengakhiran yang bagaimanakah kita dambakan? Syurga atau neraka jahanam? Ana dambakan Jannatul Firdausi. Selagi belum sampai masa selagi itu lah Allah menunggu hamba-hambaNya datang meminta ampunan dosa sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Ana dipilih untuk berada di taman syurga ketika semua sedang bergembira menyambut ambang tahun baru 2014. 'Taman syurga' itu adalah di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Ketika di sana ana tidak sedar langsung sudah masuknya tahun baru kerana mereka di situ terlalu ligat mengingati Allah SWT dan terlalu merindui Rasulullah SAW. Pssstt nanti ana cerita detail lagi tentang pondok itu ya :')

Ana bukanlah seorang hamba yang hebat dalam ilmu agama Islam bahkan baru bertatih mendalami ilmu agama Islam. Sudah pasti ana dilahirkan dengan title beragama 'Islam' tapi setakat title yang tersemat di IC tapi bukan di hati nak buat apa kan. ( Sesiapa terasa tu Alhamdulillah kerana itu menandakan masih ada iman dalam diri)

P/s : Penghijrahan dari sesuatu kejahilan itu pahit jalannya. Sungguh. Kerana apa? Kerana masa itu Allah mahu menguji keimanan dalam diri kita. Sabarlah wahai hati. Sesungguhnya Allah sudahpun menyediakan ganjaran nikmat yang tidak dapat kita bayangkan. Kalau bukan di dunia ini mungkin di syurga nanti. Yakinlah dengan kata-kata Allah.


Wallahualam.